Lawatan NRDA promosikan perdagangan, pelaburan rentas sempadan

BRUNEI – Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) salah satu agensi di bawah Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (Recoda) mengadakan lawatan kajian merentas sempadan selama tiga hari.

Program ini berlangsung bermula 23 hingga 26 September 2024 yang melibatkan lawatan ke lokasi terpenting di Sabah dan Brunei.

Inisiatif ini sebahagian daripada usaha berterusan NRDA untuk memajukan pertumbuhan sosioekonomi, memperkukuh industri tempatan dan membina kerjasama strategik di Wilayah Utara khususnya Limbang dan Lawas.

Seramai 35 peserta termasuk pegawai kerajaan dan wakil Recoda serta 16 peserta projek yang dipilih menyertai lawatan tersebut.

Mereka melawat model perniagaan yang berjaya dan kaedah terbaik di Sabah dan Brunei Darussalam.

Antara tapak yang dilawati ialah Ladang dan Kilang Kopi Yit Foh di Tenom, Ladang Nanas Keningau Diamond dan ladang lembu tenusu di Eco Yap Farm, serta Pusat Kraf Tangan dan PDS Abattoir di Brunei.

Setiap lokasi menawarkan pengetahuan industri yang berpotensi memperkukuhkan aktiviti ekonomi di wilayah NRDA iaitu Limbang dan Lawas.

Menurut Pengarah NRDA, Datuk Ubaidillah Abdul Latip, program ini sangat penting untuk pembangunan ekonomi terutama mempromosikan perdagangan dan pelaburan merentas sempadan di kawasan strategik seperti Limbang dan Lawas.

Peserta juga yakin dengan ilmu pengetahuan yang diperoleh mampu meningkatkan hasil produktiviti di kawasan mereka.

Lawatan ini selaras dengan Rancangan Pembangunan Sosio-Ekonomi (SEDP) 2022-2026 yang bertujuan memperbaiki taraf hidup masyarakat luar bandar melalui pertanian, akuakultur, dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Related Posts

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

KOTA KINABALU – Sebanyak lapan pelan tindakan sementara (interim) serta dua inisiatif baharu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP). Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

KUCHING – Buat julung kalinya, Sarawak Water Sdn Bhd tampil melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM325,000 kepada pihak Baitulmal Sarawak. Majlis penyerahan yang penuh bermakna itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat