MARA terus komited perkasakan usahawan Bumiputera luar bandar

SIBU – Majlis Amanah Rakyat (MARA) terus komited dalam memperkasa usahawan Bumiputera khususnya di kawasan luar bandar dengan menyediakan lebih 700 program pembangunan usahawan setiap tahun.

Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Datuk Zulfikri Osman menekankan bahawa pentingnya program Randau Ruai agar boleh menyalurkan maklumat dengan lebih terperinci berkenaan manfaat yang dapat diperoleh daripada MARA.

Beliau turut menyeru penduduk untuk berhubung dengan pegawai MARA agar mereka mendapat akses kepada program yang ditawarkan.

“Melalui program ini, kami dapat mengetengahkan bakat dan potensi usahawan tempatan untuk membantu mereka mengembangkan perniagaan,” ujarnya ketika berucap pada Sesi Randau Ruai sempena Program Jelajah Pendidikan Luar Bandar MARA Negeri Sarawak di Rumah Panjang Siba, Sekuau pada Jumaat.

Selain itu, MARA juga menawarkan peluang pendidikan melalui 344 institusi di seluruh negara, termasuk 270 yang khusus dalam Pendidikan dan Latihan Vokasional (TVET), bagi melahirkan modal insan yang memenuhi keperluan industri.

Beliau berharap pendedahan ini dapat membantu ibu bapa merancang hala tuju pendidikan anak-anak mereka.

Turut hadir Pengarah MARA Negeri Sarawak, A.Razu Abdul Razak; Pengarah Bahagian Pembiayaan MARA, Timelow Jauk dan Ketua Pegawai Eksekutif Rural Capital Berhad, Hiruddin Hashim.

Related Posts

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

MUKAH – Kebajikan golongan kurang berkemampuan di daerah ini terus terbela apabila 45 individu menerima sumbangan menerusi Program Jelajah Saberkas Prihatin Sarawak Zon Mukah pada Jumaat.  Inisiatif murni bermula seawal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

KALABAKAN – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) digesa menyegerakan proses tender semula projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Kampung Luasong yang bernilai lebih RM30 juta. Ahli Parlimen Kalabakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh