“Kita luar biasa” – Atlet Ping Pong Para Sabah


PAPAR – “Jadikan kekurangan itu satu kelebihan kerana tiada yang mustahil, kita luar biasa!”

Demikian seruan atlet para, Muhamad Lizan Mat Sittim, 31, yang sentiasa konsisten dalam kerjayanya, berjaya mempertahankan pingat emas sukan Ping Pong Perseorangan Kategori TT1-3 kerusi roda di dalam Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) Sarawak 2024.

“Kali ini dapat mempertahankan pingat emas sejak Para SUKMA MSN 2022 dalam kategori sama.

“Harapan saya kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di luar sana, teruskan usaha dan jangan berputus asa dalam bidang sukan ini,” katanya ketika dihubungi, pada Sabtu.

Dalam pada itu, kongsinya, pembahagian masa untuk berlatih bagi mewakili Sabah disamping menjalankan tanggungjawabnya sebagai Pembantu Guru merupakan satu cabaran besar yang terpaksa dihadapi.

“Cabaran ketika latihan, apabila kena bahagikan masa latihan dan bekerja. Pagi hingga petang bekerja dan balik kerja meneruskan latihan hingga pukul 6 petang.

“Hujung minggu memang latihan penuh waktu petang dan kena korban masa hujung minggu,” katanya.

Tambah Lizan, minat terhadap Ping Pong bermula semasa menjadi pelatih dalam bidang operasi sistem komputer di Kompleks Pemulihan Orang Kurang Upaya (KLPOKU) Kimanis Papar pada 2013 yang dilatih oleh jurulatih Thien Teck Leong selepas terbabit dalam kemalangan pada 2012.

Beliau yang aktif dalam sukan Ping Pong kini akan memasuki Pusat Kecemerlangan Paralimpik Malaysia di Kuala Lumpur untuk persediaan mewakili Malaysia pada sukan Para Games Thailand 2025.

Sebagai rekod, Lizan pernah mewakili Sabah dalam Paralimpiad Perlis pada 2014 dan memenangi pingat perak beregu kelas atau kategori 4-5; pingat perak berkumpulan kelas 4-5 dan Paralimpiad Sarawak (2016) yang turut memenangi pingat perak beregu kelas-3 dan berpasukan kelas-3 serta gangsa untuk acara perseorangan kelas-3.

Beliau juga pernah mewakili negara dalam sukan ping pong di Sukan Para ASEAN 2017 di Kuala Lumpur acara perseorangan dan beregu kelas-3 suku akhir dan Para Sukma Perak 2018 pingat emas beregu dan berpasukan kelas-3 serta pingat perak perseorangan kelas-3 dan kelas 1-5.

Related Posts

Lim You bakat muda miliki naluri ‘pemusnah’

PEMAIN muda skuad Malayan Tigress Bawah 17 tahun (B-17), Lim You jelas bersyukur kerana latihan yang diberikan ayahnya sejak kecil membantu kaki kirinya menjadi ‘senjata pemusnah’ dalam kariernya sebagai pemain…

Lebih lanjut

teruskan membaca
1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

JITRA – Sebuah gudang yang menyimpan kira-kira 1,200 jerami gulung dan peralatan elektrik musnah dalam kebakaran di Pertubuhan Peladang Kawasan C2 Kerpan, Kampung Tempayan Pecah di Ayer Hitam, dekat sini…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri