Taktik politik kotor PN serang BN strategi lapuk – Penganalisis

PERIKATAN Nasional (PN) dilihat mencipta ‘serangan saat akhir’ sebagai senjata untuk menjatuhkan kredibiliti Barisan Nasional (BN) pada saat-saat genting.

Pendedahan saat-saat akhir oleh Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard yang mendakwa calon BN terlibat dalam laporan polis 16 tahun lalu, menimbulkan tanda tanya mengenai motif politik di sebalik tindakan tersebut.

Walaupun polis mengklasifikasikan kes ini sebagai “No Further Action” (NFA), pendedahan ini tetap mencipta persepsi negatif dan berpotensi untuk menggugat sokongan pengundi terhadap calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah.

Penganalisis politik Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, tindakan ini boleh dikategorikan sebagai taktik politik kotor jika ia semata-mata bertujuan untuk merosakkan reputasi Syed Hussien tanpa asas kukuh.

“Serangan sebegini sering kali bertujuan untuk mengalihkan perhatian pengundi daripada isu sebenar yang lebih substantif, seperti dasar atau pencapaian calon, dan cuba mengaitkan calon dengan isu-isu yang sudah lama berlalu dan tidak lagi relevan.

“Dari perspektif strategi politik, tindakan PN ini mungkin dilihat sebagai usaha terdesak untuk mengekang momentum calon BN yang dilihat lebih diterima masyarakat,” katanya dalam kenyataan kepada The Malaysia Press pada Jumaat.

Sementara itu, Awang Azman berpendapat, bagaimanapun, sama ada taktik ini akan berjaya atau tidak bergantung kepada sejauh mana pengundi menilai kredibiliti pendedahan tersebut dan sama ada mereka melihatnya sebagai usaha yang berpolitik murahan untuk mendapat perhatian atau semata-mata manipulasi politik

“Secara kritis, jika masyarakat melihat tindakan PN ini sebagai tidak lebih daripada serangan politik tanpa asas kukuh, ia berpotensi untuk memberikan kesan buruk kepada imej PN itu sendiri.

“Terutamanya dalam konteks politik Johor yang stabil dan masyarakat yang semakin matang dalam membuat penilaian politik,” katanya.

Namun begitu, jelasnya, Syed Hussien juga mendapat keistimewaan dan sokongan kuat daripada masyarakat pelbagai kaum dan dilihat serasi bergandingan dengan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi kerana kedua-dua mereka tergolong dalam golongan belia.

“Ini memberi calon BN kelebihan dalam kempen, terutama dalam memenangi hati pengundi muda dan pelbagai etnik di Johor,” ujarnya.

Pengundian awal PRK DUN Mahkota diadakan Selasa lalu melibatkan 4,437 pengundi terdiri daripada anggota tentera dan serta pasangan selain SPR mengeluarkan 607 undi pos pada 15 September.

Kedua-dua calon bertanding iaitu calon BN, Syed Hussien dan calon PN, Mohamad Haizan Jaafar akan mengundi esok.

Syed Hussien akan mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)  Seri Perdana manakala Mohamad Haizan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Melayu.

PRK diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos lalu.

Pada PRN 2022, Sharifah Azizah menang dengan majoriti 5,166 undi dalam persaingan empat penjuru, melibatkan calon Pakatan Harapan (PH), PN dan Warisan.

Related Posts

Kenaikan gaji minimum perlu seiring kos sara hidup, kemampuan majikan

PUTRAJAYA – Belanjawan 2027 harus dijadikan peluang kepada kerajaan Persekutuan beralih arah daripada pendekatan yang hanya menetapkan gaji minimum, kepada strategi lebih menyeluruh merangkumi gaji minimum, gaji progresif, gaji kehidupan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Melaka 14 November, penamaan calon 31 Oktober

MELAKA – Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 akan berlangsung pada 14 November ini, manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 31 Oktober. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kenaikan gaji minimum perlu seiring kos sara hidup, kemampuan majikan

Kenaikan gaji minimum perlu seiring kos sara hidup, kemampuan majikan

Lelaki cedera ditumbuk ketika operasi penguatkuasaan di Lubuk Tambangan

Lelaki cedera ditumbuk ketika operasi penguatkuasaan di Lubuk Tambangan

PRN Melaka 14 November, penamaan calon 31 Oktober

PRN Melaka 14 November, penamaan calon 31 Oktober

Kerajaan kekal dengan SST, hanya serap elemen baik GST

Kerajaan kekal dengan SST, hanya serap elemen baik GST

Ahmad Murad dilantik penyelaras DUN Tahan

Ahmad Murad dilantik penyelaras DUN Tahan

UNIMAS raih dua anugerah pada Digital Economy Awards 2026

UNIMAS raih dua anugerah pada Digital Economy Awards 2026