Anak muda Kluang manfaatkan Gegar Jejak Kerjaya MYFuture cari peluang kerja

KLUANG – Anak muda Johor memanfaatkan penganjuran Gegar Jejak Kerjaya MYFuture Orang Mahkota 2024 untuk mencari peluang kerjaya yang lebih menjamin masa depan.

Lebih 3,000 peluang pekerjaan ditawarkan untuk penduduk Kluang khasnya dan rakyat Johor amnya dengan penyertaan 30 majikan yang menawarkan pelbagai peluang kerjaya bagi mengurangkan kadar pengangguran di negara ini

Inisiatif ini bertujuan untuk merancakkan pasaran buruh tempatan dan karnival kerjaya ini memainkan peranan penting dalam menyediakan platform untuk menghubungkan pencari kerja khususnya belia bagi mendapatkan peluang pekerjaan yang tersedia.

Ini sekali gus menyokong matlamat kerajaan untuk meningkatkan penyertaan tenaga kerja.

Untuk rekod sehingga Ogos 2024, portal MYFutureJobs yang menerapkan konsep pemadanan kerja bersandarkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) berjaya membantu seramai 13,842 pencari kerja dalam pelbagai sektor di seluruh Johor.

Seorang pencari kerja asal Kluang, Mohamed Shukran Mohamed Sulaiman, 27, berkata, program Gegar Jejak Kerjaya ini sangat memudahkan dia mendekati syarikat dan majikan yang menawarkan peluang pekerjaan.

“Saya lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sebelum ini kerja dalam sektor makanan dan minuman (F&B) tapi sekarang kalau boleh nak cari kerja pejabat.

“Saya baru sempat cuba temuduga di unit strategik modal insan. Bagi saya karnval kerjaya seperti ini lagi senang cari kerjalah sebab tak makan masa yang banyak dan dari susunan reruai boleh nampak apa peluang yang disediakan, lagi senang untuk kita mendekati syarikat atau majikan untuk dapatkan peluang pekerjaan,” katanya.

Selain itu, tenaga pengajar kolej swasta kursus teknologi maklumat (IT) , Tuan Nur Fatiha Tuan Mohd Khidir, 23, yang menetap di Kluang memanfaatkan program Gegar Jejak Kerjaya ini untuk meninjau dan mencari peluang kerjaya untuk pelajarnya apabila mereka tamat pengajian kelak.

“Saya nak tengok-tengoklah kerjaya apa yang ada untuk tengok pelajar saya dapat peluang kerja apa selepas mereka tamat belajar nanti.

“Boleh juga tinjau kursus apa yang ditawarkan untuk anak saudara saya.Nak tengok syarikat apa yang ada,tawaran kerja apa yang ada yang sesuai dengan bidang merekalah. Niat saya untuk bantu mereka untuk teroka kerjaya masa depan.

“Penganjuran karnival kerjaya seumpama ini sangat membantu, sebab saya lihat berkaitan dengan bidang pengajian mereka, jadi saya rasa berbaloilah untuk mereka datang sini tengok. Mana tahu mereka boleh latihan amali kemudian diserap kerja.

“Fokus saya hari ini cari kerjaya di bidang IT, teknikal sebab berkaitan dengan kemahiran banyak kepada amali,” ujar Fatiha.

Sementara itu, Zulfadhli Jamal, 21, asal Batu Pahat yang juga lulusan SPM mencari peluang kerjaya dalam bidang industri atau F&B.

“Saya nak cari kerja dalam bidang operator kilang atau barista.

“Karnival kerjaya ini sangat membantu saya cari jawatan kosong.

“Sebelum ini saya kerja di kedai serbaneka, pernah juga kerja di kilang benang datang ke karnival kerjaya ini untuk cari peluang kerja lebih baik,” katanya.

Related Posts

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan Hospital Bukit Mertajam (HBM), Pulau Pinang sebagai antara hospital hijau terbaik dunia merupakan pencapaian yang membanggakan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

PUTRAJAYA – Kes penipuan dalam talian terus mencatatkan angka membimbangkan apabila kerugian dilaporkan mencecah RM958 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar