Calon BN Mahkota ‘bersih’ jenayah – Zahid


KLUANG – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan dan mengesahkan calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah tidak pernah ada kes jenayah apatah lagi kes mahkamah seperti didakwa.

Pengerusi BN itu berkata, pengesahan Syed Hussien ‘bersih’ jenayah itu dimaklumkan sendiri kepadanya oleh Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar pagi tadi.

“Ada kata Syed Hussien ni ada kes jenayah. Pagi tadi saya (bersama) dengan Ketua Polis Negeri Johor, Datuk M Kumar dan beliau telah memberitahu saya bahawa calon (BN) ini tidak pernah ada kes jenayah dan tidak pernah ada kes mahkamah, tak ada.

“(Bahkan) tidak pernah pun ada pertuduhan dan janganlah dengar orang-orang yang kecewa yang mungkin calonnya kurang baik berbanding dengan Syed Hussien, nak katakan Syed Hussien macam-macam apa semua.

“Jangan risaulah yang 87 (kes) pun lepas, saja nak tuduh. Buat apa? Jadi sama-sama doakan mudah-mudahan kemenangan milik BN,” kata Zahid ketika berucap di Program Gegar Jejak Kerjaya MyFuture Jobs Bersama HAWA Malaysia, pada Jumaat.

Terdahulu, Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard dalam siri ceramah di kempen Perikatan Nasional (PN) PRK Mahkota, meminta penjelasan Syed Hussien berhubung dakwaan ketua Pemuda Umno Kluang itu pernah ditangkap polis berhubung satu kes pukul pada 2008.

Beliau juga menunjukkan dokumen yang didakwanya laporan polis yang menyatakan Syed Hussien terlibat dengan kes jenayah itu.

Bagaimanapun, polis mengesahkan Syed Hussien tidak mempunyai rekod jenayah.

Ketua Polis Kluang Bahrin Mohd Noh berkata siasatan membabitkan Syed Hussien telah dirujuk ke pejabat timbalan pendakwa raya yang memutuskan tiada tindakan lanjut.

Syed Hussien yang berdepan calon PN, Mohd Haizan Jaafar pada PRK Sabtu ini.

Related Posts

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

KUALA LUMPUR – Media diseru untuk tidak menggadaikan integriti dan etika kewartawanan semata-mata untuk mengejar kepantasan, jumlah pembaca atau tontonan tinggi. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

SANDAKAN – Sabah wajar diberikan peruntukan lebih besar dan bermakna dalam Belanjawan Negara akan datang, khususnya bagi menangani keperluan infrastruktur, kesihatan, pendidikan dan pembangunan pertanian negeri itu. Naib Presiden Naib…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1