Ramai pengundi Mahkota kerja di Singapura tak tahu ada PRK – Shu Qi

KLUANG – Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi mendakwa masih ramai pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang bekerja di Singapura masih tidak maklum mengenai pilihan raya kecil (PRK) meskipun berbaki dua hari sebelum hari mengundi pada Sabtu.

Kata Shu Qi, ini kerana perkembangan yang berlaku di Malaysia tidak akan dipaparkan di media sosial pengguna yang kurang membaca berita tentang negara ini.

“Masih ramai yang bekerja di Singapura tak tahu langsung ada PRK (pilihan raya kecil). Kenapa? Salah siapa? Mereka buka Facebook pun tak dapat berita PRK.

“Kerana algorithm Facebook tentukan mereka yang ada di Singapura, tak baca berita Malaysia, (jadi) tak tahu ada PRK,” katanya ketika berucap pada Ceramah Berkelompok Perpaduan, malam tadi.

Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat membantu menyampaikan maklumat mengenai PRK DUN Mahkota kepada ahli keluarga dan kenalan terdekat yang bekerja di Singapura untuk pulang menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

“Tanpa bantuan tuan-tuan dan puan-puan untuk sebar mesej ni, mereka tak akan balik (mengundi).

“Sebenarnya mereka mahu balik kalau ringgit kita semakin kuat. Akan ada satu hari nanti mereka balik (terus) ke Malaysia dan kita nak anak-anak kita balik ke Malaysia dan ditawarkan pekerjaan dengan gaji yang cukup lumayan,” katanya.

Dalam ucapan sama beliau menegaskan PRK DUN Mahkota bukan semata-mata proses untuk memberi undi kepada calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah, tetapi juga demi undi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“PRK ini bukan hanya untuk pilih seorang ADUN, tapi pelabur sedang memantau PRK ini dan mereka nak lihat bolehkah calon Kerajaan Perpaduan menang (isyarat politik dan kerajaan stabil) kalau mereka melabur berbilion ringgit,” katanya.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

SANDAKAN – Parti Liberal Demokratik (LDP) Sandakan menegaskan kesediaannya untuk bertanding di Parlimen Sandakan pada pilihan raya akan datang. Naib Presiden LDP merangkap Ketua Bahagian Tanjong Papat dan Elopura, Chong…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak