Anwar jamin tidak kompromi isu GISB Holdings

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berkompromi dalam menyelesaikan isu kontroversi membabitkan rumah amal syarikat GISB Holdings (GISBH).

Perdana Menteri berkata, sekiranya tindakan tidak diambil ke atas isu itu, beliau mengumpamakan dirinya gagal sebagai seorang pemimpin.

“Setakat ini… Alhamdulillah, Tuhan beri saya kesihatan yang baik, tetapi saya nekad dan tidak akan mengalah, kalau itu (isu GISBH) nak kena kompromi, tiada makna saya jadi Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Forum Ilmuan Malaysia Madani ‘Mencorak Peralihan Tenaga yang Mampan untuk Masa Depan Negara yang Sejahtera’, malam tadi.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, kaedah perniagaan GISBH dimudah cara dengan pegangan Aurad Muhammadiah versi kumpulan itu sendiri.

Razarudin berkata, hasil siasatan dijalankan mendapati pegangan salah itu digunakan GISBH dalam melaksanakan perniagaan mereka.

PDRM memperoleh lanjutan reman bagi siasatan terhadap ahli GISBH berkait Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 selama empat hari bermula hari ini sehingga 29 September.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, sesiapa yang melakukan kesalahan akan dikenakan tindakan tidak kira sama ada individu itu sering bercakap mengenai Islam.

“Mentaliti kita soal akhlak dan nilai itu jadi kebelakang. Walaupun (dia seorang) pensyarah dan cakap mengenai Islam (sampai) berbuih mulut, tapi kita tetap akan ambil tindakan (sekiranya dia terbabit) rasuah (atau) Global Ikhwan (GISBH). Itu akan ditentang,” katanya.

Related Posts

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

KOTA KINABALU – Kementerian Pendidikan akan memasukkan elemen citra Sabah dalam kurikulum baharu bagi murid Darjah Satu dan pelajar Tingkatan Satu bermula tahun hadapan Menterinya, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

KOTA KINABALU – Penambahan jumlah dan peratusan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak penting sebagai benteng Perlembagaan bagi melindungi watak asal Persekutuan Malaysia. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan