Belanjawan 2025 sasar tingkat taraf hidup rakyat, pembangunan negara

PUTRAJAYA – Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini, disasarkan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan memajukan pembangunan negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Meskipun mempunyai jadual yang padat, Perdana Menteri sempat meninjau persiapan kakitangan Kementerian Kewangan (MOF) menyiapkan Belanjawan Madani Ketiga.

Beliau berkata, Belanjawan itu juga dijanjikan lebih gah serta saksama.

“Insya-Allah, dengan pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober ini, Malaysia akan mara satu langkah lagi menuju wawasan kerangka Ekonomi Madani yang gah lagi saksama.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua warga kerajaan yang bertungkus-lumus menyiapkan Belanjawan yang terangkum untuk meningkatkan darjat rakyat dan pembangunan negara,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.

Belanjawan 2025 mengetengahkan tema Ekonomi Madani, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera akan dipacu oleh pendekatan Ekonomi Madani.

Langkah itu disokong dengan tumpuan terhadap aspek penanda aras disasarkan dalam kerangka Ekonomi Madani, termasuk membolehkan Malaysia menjadi ekonomi utama di Asia Tenggara.

Anwar sebelum ini dilaporkan berkata, perencanaan belanjawan berkenaan tidak akan lari daripada hala tuju ekonomi negara seperti yang diumumkan sebelum ini, termasuk Pelan Perindustrian Baharu Negara, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara serta Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12.

Related Posts

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

KOTA KINABALU – Kementerian Pendidikan akan memasukkan elemen citra Sabah dalam kurikulum baharu bagi murid Darjah Satu dan pelajar Tingkatan Satu bermula tahun hadapan Menterinya, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

KOTA KINABALU – Penambahan jumlah dan peratusan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak penting sebagai benteng Perlembagaan bagi melindungi watak asal Persekutuan Malaysia. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan