Hina kaum lain tak akan selesai masalah – Mat Sabu

KLUANG – Semua kaum di Malaysia ini menyumbang kepada pembangunan negara.

Justeru, tindakan menghina kaum-kaum lain tidak akan menyelesaikan masalah, kata Datuk Seri Mohamad Sabu.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu mengingatkan supaya semua kaum berbaik dan saling menghormati bagi mencipta Malaysia yang lebih stabil dan harmoni.

“Hidup kita (harus saling) hormat-menghormati tak kira Cina, Melayu, India atau semuanya. Saya berbaik dengan semua kaum.

“Sebab (jika) kita menghina mana-mana kaum itu tidak menyelesaikan masalah. Apa yang penting ialah semua kaum kita berlumba.

“Maksudnya orang Melayu kita mencari jalan bagaimana supaya mereka jadi peniaga yang baik, manakala orang Cina yang telah berjaya dalam perniagaan bantu sama kaum-kaum lain, barulah kita hidup dalam keadaan aman, tenteram, sejahtera (sekali gus) membina negara yang paling baik di rantau ini.

“Kita akan berjaya membina Malaysia yang lebih baik sekarang dan masa akan datang,” katanya ketika berucap di Majlis Kebudayaan Mahkota di Kampung Masjid Lama, malam tadi.

Hadir sama Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dan ribuan masyarakat Tionghua setempat.

Presiden Amanah itu turut menegaskan sekiranya mana-mana kaum di negara ini kaya dan berjaya ia turut menyumbangkan kemakmuran kepada Malaysia melalui kutipan cukai.

“Bulan lepas, kita hantar durian ke China. Sekarang ini, (harga) durian Malaysia di China RM300 sebiji.

“Ada orang tanya, Bang Mat tolong mereka jadi kaya, tauke-tauke orang Tionghua kaya, apa Bang Mat dapat?

“(Saya jawab) siapa pun yang kaya di Malaysia ini tak kira kaum, kerajaan kutip cukai daripada mereka betul atau tidak? Tuan-tuan yang kaya di sini membayar cukai. Ini termasuk cukai korporat, cukai syarikat, cukai pendapatan, semua bayar cukai. Ertinya lagi ramai rakyat kaya, negara akan makin kaya, betul atau tidak?

“Sebab itulah saya sebagai menteri samalah dengan Kabinet, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berusaha supaya ekonomi kita pulih,” seru Ahli Parlimen Kota Raja itu lagi.

Sehubungan itu, katanya, penting untuk Kerajaan Perpaduan hari ini terus kekal mentadbir sekurang-kurangnya pada penggal ini bagi menjamin keyakinan pelabur seterusnya memperkukuh ekonomi negara.

“Nak tukar kerajaan boleh tunggu 5 tahun sekali pilihan raya. Jangan tukar di tengah jalan… macam dulu kita menang 2018 kemudian 22 bulan tukar (kerajaan).

“Kemudian dua tahun lagi tukar (kerajaan). Kalau lima tahun (bertukar) empat Perdana Menteri, siapa mahu percaya kepada negara ini?,” katanya.

Related Posts

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

SEPANG – Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sebanyak 54 kapal di bawah misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di garisan kuning dua, kira-kira 340 batu nautika dari pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

KETIKA sebahagian pihak terus memainkan naratif kononnya negara sedang gagal dan ekonomi semakin merudum, angka rasmi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2026 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat