Petronas sahkan tiada tindakan undang-undang terhadap Sarawak

KUCHING – Pejabat Premier Sarawak mengeluarkan kenyataan rasmi mengesahkan Petronas tiada hasrat tindakan undang-undang terhadap kerajaan Sarawak dan Petroleum Sarawak Berhad (Petros).

Perkara itu dimaklumkan dalam kenyataan dikeluarkan bersama selepas mesyuarat antara kerajaan Sarawak, Petronas dan Petros.

“Disahkan Petronas tiada berhasrat mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Sarawak dan Petros.

Tambah kenyataan tersebut, semua pihak perlu menghormati undang-undang Persekutuan dan Negeri berhubung perkara tersebut.

Selain itu, kenyataan itu mengesahkan kerajaan Sarawak, Petronas dan Petros akan memuktamadkan keputusan pengagihan gas di Sarawak.

Difahamkan mesyuarat itu dihadiri Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz; Ketua Pegawai Eksekutif Petros, Datuk Janin Girie dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Abu Bakar Marzuki.

Related Posts

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

KUCHING – Sesi persekolahan secara bersemuka bagi lapan daerah di negeri ini diarahkan tutup berkuat kuasa serta-merta bermula 20 Ogos hingga 21 Ogos ini susulan fenomena jerebu yang menjejaskan kualiti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

KUCHING – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menyeru seluruh lapisan masyarakat agar bersikap peka dan berani melaporkan sebarang insiden keganasan rumah tangga yang berlaku di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini