Bahan bukti Op Global dibentang pada Muzakarah MKI

PUTRAJAYA – Bahan rampasan membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) akan dijadikan asas dalam Kertas Laporan untuk dibincang dan diputuskan semasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (Muzakarah MKI) yang bermula hari ini hingga Khamis.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datin Hakimah Mohd Yusoff berkata, bahan rampasan yang boleh dijadikan bukti sokongan terhadap pegangan akidah pengikut kumpulan itu diperoleh menerusi Op Global Fasa 4 oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama beberapa agensi lain termasuk Jakim.

“Keputusan Muzakarah MKI mengenai status doktrin Kumpulan GISBH ini akan menjadi panduan kepada pihak berkuasa agama negeri dalam mengeluarkan fatwa bagi membolehkan proses pendakwaan terhadap ajaran kumpulan ini dibawa ke Mahkamah Syariah,” katanya dalam satu kenyataan media.

Hakimah berkata, Jakim amat menghargai kerjasama semua agensi terlibat khususnya PDRM dalam membantu pihaknya bagi melengkapkan bahan bukti untuk tujuan tersebut.

Katanya, penghargaan juga kepada pihak jabatan agama Islam negeri yang memberi kerjasama erat kepada Jakim bagi memastikan proses penentuan status pegangan akidah dan syariah pengikut GISBH dapat diputuskan secara tuntas.

Related Posts

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

KUANTAN – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan menggerakkan 17 siri Program MADANI Kita (PMK) di seluruh negara bagi merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi. Menyifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jualan Rahmah MADANI rekod transaksi lebih RM350 juta

KUANTAN – Program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negara dilaksanakan sebanyak 22,834 kali sehingga hujung Ogos lalu, dengan nilai jualan melebihi RM350 juta. Ia sekali gus memberi manfaat kepada rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET