Jangan dahului Jawatankuasa Muzakarah MKI dalam isu GISB Holdings

PUTRAJAYA – Semua pihak diingatkan tidak mendahului keputusan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) berhubung status fahaman berkait dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, sebarang tindakan susulan termasuk usaha pemulihan anggota GISBH hanya boleh ditentukan selepas Jawatankuasa Muzakarah MKI bersidang mulai hari ini.

“Tunggu dulu biar dia (Jawatankuasa Muzakarah) buat keputusan, nanti dia kata menteri pula keluarkan fatwa pula, mana boleh?

“Kita tunggulah jawatankuasa ini mula bersidang 24, 25 dan 26 September di Terengganu.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)… kita hanya sediakan kertas untuk pertimbangan jawatankuasa tersebut.

“Ini semua bidang kuasa negeri, Jakim hanya menyelaraskan sahaja, kita sudah ambil tindakan cepat untuk bawa kertas itu dan dalam perbincangan pada esok, insya-Allah,” katanya.

Sabtu lalu, media melaporkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa fahaman yang didukung GISBH mengandungi unsur ajaran sesat khususnya dari segi batiniah.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, ia juga kesinambungan al-Arqam yang telah difatwakan sesat.

Isu itu turut mendapat reaksi daripada Mufti Terengganu, Datuk Mohamad Sabri Harun dan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang bersetuju ia perlu dibincangkan Jawatankuasa Muzakarah MKI sebelum sebarang fatwa dibuat.

Mohd Na’im menjelaskan selepas tiga hari bersidang, Jawatankuasa Muzakarah perlu membawa keputusan itu kepada MKI yang dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sebelum merujuk ke Majlis Raja-Raja untuk dimuktamadkan, 10 Oktober.

“Bila mana mesyuarat MKI itu mengambil keputusan dan keputusan tersebut yang akan dibawa ke Majlis Raja-Raja yang akan bersidang pada bulan 10 (Oktober) juga.

“Bulan 10 ini kita sudah boleh dapat keputusan,” katanya lagi.

Related Posts

Rakyat Malaysia makan lebih 32kg ayam dan unggas setahun, antara tertinggi dunia

RAKYAT Malaysia menggunakan kira-kira 32.22 kilogram daging unggas seorang pada 2025, menunjukkan ayam dan produk unggas kekal antara sumber protein yang paling banyak menjadi pilihan dalam negara. Data terkini Statista…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

KUANTAN – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan menggerakkan 17 siri Program MADANI Kita (PMK) di seluruh negara bagi merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi. Menyifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua wanita ditahan disyaki ejen judi atas talian

Dua wanita ditahan disyaki ejen judi atas talian

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka