Laluan baharu Bas Muafakat Johor hubung bandar Kluang-Paloh

PENGOPERASIAN laluan baharu Bas Muafakat Johor (BMF) dari Paloh ke bandar Kluang dijangka dapat memberikan banyak manfaat kepada penduduk di sepanjang laluan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, BMF merupakan perkhidmatan bas percuma di bawah Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) ini akan membolehkan penduduk di Paloh untuk pergi ke bandar Kluang terutamanya bagi mendapatkan rawatan di hospital.

“Perkhidmatan bas percuma ini akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Oktober ini dengan Kerajaan Negeri memperuntukkan RM106,188 pada tahun ini bagi menampung laluan sepanjang 54.4 kilometer dengan empat perjalanan sehari.

“Ini merupakan laluan yang ke-65 di Johor dan yang keempat dalam daerah Kluang, jadi membantu penduduk luar bandar pergi ke bandar Kluang melakukan pelbagai urusan harian terutamanya untuk pergi ke hospital mendapatkan rawatan sebagainya.

“Sebelum ini saya difahamkan mereka terpaksa membelanjakan hampir RM100 untuk kos pengangkutan jika mahu ke bandar Kluang ini memang sangat membebankan kepada golongan yang kurang berkemampuan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan pengoperasian laluan baharu BMJ di Terminal Bas Kluang, hari ini.

Mengulas lanjut, Fazli berkata, antara laluan utama yang dilalui adalah Jalan Paloh Chamek, SJKC Sentral Paloh, Klinik Desa Chamek, Jalan Chamek Kluang dan Terminal Bas Kluang.

“Penduduk yang bekerja di kawasan bandar juga akan dapat menikmati perkhidmatan BMJ ini dengan mudah,” katanya.

Sebelum ini terdapat tiga laluan BMJ di daerah Kluang iaitu KL001 (Bandar Kluang), KL002 (Terminal Kluang-Hospital Besar) dan KL003 (Terminal Kluang-Kahang).

Related Posts

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

KOZHIKODE – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pandangan yang diberikan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibuat berdasarkan undang-undang, nasihat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

SETIAUSAHA Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak wajar mempersoalkan prosiding Lembaga Pengampunan berhubung penangguhan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan