SOP pengurusan banjir sedia ada terpakai

PUTRAJAYA – Kerajaan memberi jaminan semua agensi berkaitan akan terus memantau dan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan banjir susulan bencana itu yang melanda beberapa negeri ketika ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata SOP sama juga terpakai dan sedia dilaksanakan sebagai persediaan serta persiapan berdepan bencana itu menjelang musim tengkujuh.

Katanya, kerajaan juga memberi tumpuan kepada bantuan yang perlu disalurkan kepada mangsa selain merangka pelan jangka panjang untuk mengurangkan risiko banjir pada masa akan datang.

“Yang penting kita sudah ada kerangka yang saya katakan di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang kita wujudkan, di setiap peringkat sudah ada.

“Jadi apabila berlaku bencana, SOP khususnya berkaitan menyelamat dan memindahkan mangsa itu akan bergerak untuk pastikan apa sahaja tindakan, usaha menyelamat akan ada, SOP itu sudah ada, ia bergerak agak baik sekarang ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Peluncuran Garis Panduan Tadbir Urus dan Etika Kecerdasan Buatan di sini, hari ini.

Fadillah berkata, di peringkat Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sudah mempunyai perancangan untuk menangani risiko banjir.

“Beberapa langkah akan diambil secara serentak, ada yang boleh diselesaikan segera dan ada yang memerlukan masa sederhana serta panjang,” katanya.

Related Posts

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

PENETAPAN 50 ekar di Bandar Malaysia sebagai Tanah Rizab Melayu menjadi langkah penting melindungi kepentingan Bumiputera di kawasan bandar bernilai tinggi. Belanjawan 2027 diharap meneruskan usaha itu dengan sokongan pelaksanaan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jelapang padi perlu diwartakan, pastikan keluasan tanaman tidak susut – KPKM

PUTRAJAYA – Kerajaan negeri disaran mewartakan kawasan jelapang padi bagi memastikan keluasan tanah penanaman padi terus dipelihara dalam usaha meningkatkan Kadar Sara Diri (SSR) beras negara. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017