Azmin sila jaga hal sendiri, jangan sibuk urusan orang lain – Megat Zulkarnain

KLUANG – Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin memberi pesanan kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali agar ‘kurangkan’ bercakap.

Mohamed Azmin mencabar Menteri Besar Johor, Datuk Seri Onn Hafiz Ghazi untuk mengumumkan penubuhan Kerajaan Perpaduan di Johor sekiranya menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada 28 September ini.

Megat Zulkarnain berkata, beliau amat mengenali sosok seorang keperibadian Ketua Penerangan Perikatan Nasional itu kerana sudah lama bersama di Parlimen Gombak sekali lagi mengingatkan Mohamed Azmin supaya tidak perlulah memprovokasi Kerajaan Negeri Johor.

“Pada saya, Azmin ni saya kenal benar sebab kami sama-sama di Parlimen Gombak.

“Pesan pada Azmin lebih kurang dia bercakap lebih baik, tidak payah cabar mencabar. Biar masa yang menentukan,” katanya ketika bercakap kepada The Malaysia Press selepas Majlis Malam Kluang Berselawat bersempena Sambutan Maulidur Rasul 1446H di Masjid Jamek Kampung Tengah, di sini, pada Khamis.

Menurut laporan media hari ini, Mohamed Azmin juga berkata, Onn Hafiz perlu berani dan telus dalam perkara tersebut kerana sehingga kini tiada Kerajaan Perpaduan di Johor.

Megat Zulkarnain juga menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Menteri Besar Selangor itu bersifat cemburu dengan kestabilan negeri-negeri di bawah pimpinan Kerajaan Perpaduan.

“Mereka (Perikatan Nasional) yang sedang cemburu melihatkan keutuhan kerajaan yang berjalan dengan baik sama ada di peringkat kerajaan negeri-negeri atau kerajaan persekutuan.

“Jadi Azmin, kamu fikir sajalah mengenai diri sendiri. Tidak perlu sibuk urusan orang lain,” ujarnya.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

SANDAKAN – Parti Liberal Demokratik (LDP) Sandakan menegaskan kesediaannya untuk bertanding di Parlimen Sandakan pada pilihan raya akan datang. Naib Presiden LDP merangkap Ketua Bahagian Tanjong Papat dan Elopura, Chong…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok