Nasab anak GISBH bergantung pengesahan status perkahwinan

PENENTUAN nasab kanak-kanak yang menghuni rumah amal dikaitkan dengan GISB Holdings (GISBH) terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah negeri yang berkuasa mengesahkan status perkahwinan ibu bapa mereka.

Serentak itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai’im Mokhtar berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memainkan peranan dalam jawatankuasa khas bagi menyelaraskan mengenai perkara terbabit.

“Maka hakim mahkamah syariah yang akan melihat pada keterangan sama ada keterangan lisan atau dokumen, …dari situ ia akan menentukan sama ada wujudnya perkahwinan yang sah mengikut hukum syarak.

“Apabila mahkamah mengisytiharkan bahawa anak itu adalah anak yang sah taraf baharulah boleh didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” katanya selepas Majlis Kesyukuran Sempena Tamat Operasi Haji Musim 1445 Hijrah, di Putrajaya, hari ini.

Mohd Nai’im menegaskan, JPN tidak boleh mendaftarkan anak terbabit sehingga menyebabkan mereka perlu di ‘bin’ Abdullah berikutan tiada dokumen sah yang menunjukkan wujudnya perkahwinan.

Jelasnya, sijil pernikahan boleh dikeluarkan jabatan agama Islam negeri selepas mahkamah memutuskan bahawa perkahwinan mereka adalah sah.

“Dengan adanya sijil pernikahan itulah yang membolehkan JPN untuk mendaftarkan atau mengeluarkan sijil kelahiran sah semua anak terbabit.

“Isunya sekarang anak-anak itu seolah-olah tidak sah taraf dan tiada dokumen yang menunjukkan mereka lahir hasil perkahwinan yang sah,” katanya.

Related Posts

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

KUALA LUMPUR – Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (Lindung 24 Jam) yang baru dilaksanakan menunjukkan impak positif apabila Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menyalurkan lebih RM1.2 juta faedah kepada pencarum dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

BATU PAHAT – Sebarang persepsi, dakwaan atau kontroversi terhadap mana-mana individu tidak sewajarnya dijadikan hukuman awam tanpa melalui proses sewajarnya (due process) dan keputusan institusi berautoriti. Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

Premis industri jadi sekolah Rohingya diserbu di Alor Setar

Premis industri jadi sekolah Rohingya diserbu di Alor Setar

Kerajaan Persekutuan disaran beli perkhidmatan kardiologi hospital swasta – Dr Annuar

Kerajaan Persekutuan disaran beli perkhidmatan kardiologi hospital swasta – Dr Annuar

26,000 kenderaan komersial di Sarawak daftar SKDS, KPDN perluas 35 kategori pendaftaran

26,000 kenderaan komersial di Sarawak daftar SKDS, KPDN perluas 35 kategori pendaftaran