Jentera kempen Syed Hussien padam ‘kemarahan’ pengundi Cina Mahkota terhadap Akmal

KLUANG – Gerak kerja jentera kempen calon Barisan Nasional (BN) DUN Mahkota diyakini sedikit sebanyak sudah mampu memadamkan ‘kemarahan’ pengundi Cina terhadap Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh.

Tidak menafikan ‘ketegangan’ yang wujud antara masyarakat Cina dengan Dr Akmal, selebriti yang juga Ketua Pemuda UMNO Jalan Hospital, Shahrol Azizie Azmi atau lebih sohor dikenali sebagai Shahrol Shiro berkata, permasalahan itu semakin mereda apabila jentera kempen Syed Hussien Syed Abdullah turun menyantuni masyarakat Cina di DUN itu.

“Menurut pandangan saya dengan gerakan kempen Syed Hussien sedikit sebanyak sudah pun menjernihkan keadaan (ketegangan) itu ada berlaku perbalahan tetapi hari ini dah semakin OK dengan dengan keadaan kempen-kempen yang saudara Syed Hussien telah turun dengan gerakan jentera-jentera bersama (Perpaduan) apa semua.

“Insya-Allah perkara tersebut (protes pengundi Cina) tidak berlaku,” kata Shahrol ketika ditemui media pada Khamis.

Tambah beliau lagi, masyarakat Cina sudah disantuni oleh jentera kempen calon BN bersama MCA dan komponen lain dalam Kerajaan Perpaduan.

“Saya fokus kempen dengan orang muda.

“Mungkin masyarakat Cina telah pun disantuni oleh Syed Hussien dan juga jentera-jentera daripada MCA dan sebagainya,” ujar beliau lagi.

Terdahulu, timbul ura-ura masyarakat Cina di Mahkota kurang senang dengan kelantangan Ketua Pemuda UMNO yang dianggap tidak menjaga sensitiviti kaum dan agama lain terkait pergeseran dengan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok membabitkan isu sijil halal.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

SANDAKAN – Parti Liberal Demokratik (LDP) Sandakan menegaskan kesediaannya untuk bertanding di Parlimen Sandakan pada pilihan raya akan datang. Naib Presiden LDP merangkap Ketua Bahagian Tanjong Papat dan Elopura, Chong…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok