Petisyen PRK Nenggiri: Pengundi tak mahu jadi saksi – Bersatu

KOTA BHARU – Perikatan Nasional (PN) sehingga kini tidak dapat memfailkan petisyen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri berikutan tiada pengundi yang mahu jadi saksi di mahkamah.

Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor berkata, pihaknya akan terus berusaha mendapatkan bukti mengenai hal itu.

“Kekangan kita sekarang adalah untuk mendapatkan saksi bagi pembuktian. Semua orang tahu dan mereka (pengundi) sendiri pun kata terima (duit), namun mereka tidak mahu menjadi saksi.

“Mereka (BN) pun pandai kerana mereka tidak memberi duit berkenaan kepada penyokong tegar Pas atau Bersatu.

“Mengikut peguam, kita perlu pastikan ada saksi yang menerima sebelum memfailkan petisyen berkenaan dan peguam kita masih berusaha mencari jalan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Pesta Tanglung Kelantan, di sini, malam tadi.

Media sebelum ini melaporkan, PN sedang mengumpul bukti untuk memfailkan petisyen pilihan raya bagi mencabar keputusan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada PRK DUN Nenggiri, 17 Ogos lalu.

Bukti itu membabitkan dakwaan BN merasuah dan mengancam pengundi sepanjang tempoh berkempen selama dua minggu.

Related Posts

‘Slayyy, semoga anak didik belajar dari guru’ – Anwar

SHAH ALAM – Penggunaan istilah ‘Guru’ dan ‘Slayyy’ antara yang digunakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran di Facebook malam tadi, dipercayai membalas secara berseloroh sindiran Timbalannya, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

PENEGASAN Perdana Menteri supaya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diangkat sebagai sebahagian daripada naratif nasional perlu dilihat sebagai peluang untuk menilai semula kefahaman rakyat terhadap sejarah, asas pembentukan dan makna Malaysia.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut

  • By Aden
  • September 12, 2026
Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut

‘Slayyy, semoga anak didik belajar dari guru’ – Anwar

‘Slayyy, semoga anak didik belajar dari guru’ – Anwar

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude