Henti normalisasi tuduhan qazaf demi politik

PUTRAJAYA – Qazaf atau tuduhan zina mahupun liwat tanpa empat saksi adalah dosa besar dan termasuk dalam kategori jenayah hudud Islam.

Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, dosa itu tidak wajar dijadikan bahan lawak jenaka atau permainan politik.

“Qazaf tidak wajar dinormalisasikan atas nama perbezaan politik kepartian.

“Para asatizah secara beramai-ramai perlu menegur normalisasi dosa ini agar umat Islam terselamat daripada bala bencana.

“Sangat malang apabila semakin ditegur semakin galak sebilangan ahli politik membuat rakaman video membuat tuduhan qazaf,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook.

Mohd Khairuddin dalam perkembangan berkaitan turut menyatakan rasa kesal apabila perkara itu menjadi bahan ucapan dan perbahasan dalam Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-70 yang berlangsung hujung minggu lalu.

Katanya, adalah menjadi sesuatu yang amat malang apabila tuduhan qazaf dilontarkan di hadapan ribuan peserta muktamar yang digelar sebagai ulama.

“Kalau hukum hudud pun dilanggar, apakah diharap hudud diperjuangkan atau ia sekadar slogan politik untuk meraih undi… seperti (saranan) perkahwinan rentas kaum dicadangkan seorang peserta muktamar.

“Keputusan sabitan kes sivil tidak menghalalkan seseorang membuat tuduhan qazaf kerana dalam Islam, tuduhan zina atau liwat tetap memerlukan empat saksi,” jelasnya.

Bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus itu menjelaskan, hukuman kepada pelaku yang membuat tuduhan qazaf ialah sebatan rotan sebanyak 40 kali, tidak diterima kesaksian dan dihukum fasik dalam Islam.

“Hukuman tersebut jelas dinyatakan dalam surah al-Nur ayat ke-4,” tegasnya.

Related Posts

Pembubaran DUN Sarawak mungkin selepas Sidang Belanjawan Negeri – Abdul Karim

KUCHING – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berkemungkinan dibubarkan selepas selesai persidangan belanjawan negeri bulan ini, namun keputusan mengenainya kekal menjadi hak prerogatif Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
687,697 pengundi layak mengundi untuk PRN Melaka

MELAKA – Jumlah pengundi yang bakal melaksanakan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 14 November ini kira-kira seramai 687,697 orang berbanding PRN sebelum itu. Ia berdasarkan rekod…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembubaran DUN Sarawak mungkin selepas Sidang Belanjawan Negeri – Abdul Karim

Pembubaran DUN Sarawak mungkin selepas Sidang Belanjawan Negeri – Abdul Karim

Dua pasar tumpuan awam di Sibu kini dilengkapi kemudahan AED

Dua pasar tumpuan awam di Sibu kini dilengkapi kemudahan AED

687,697 pengundi layak mengundi untuk PRN Melaka

687,697 pengundi layak mengundi untuk PRN Melaka

Imej negatif Ahmad Zahid buka kelompangan UMNO tumbang pilihan raya

Imej negatif Ahmad Zahid buka kelompangan UMNO tumbang pilihan raya

Ruang bandar sedia ada mampu hidupkan komuniti – Adam Yii

Ruang bandar sedia ada mampu hidupkan komuniti – Adam Yii

MyGOV Malaysia: Pusat rujukan sehenti perkhidmatan kerajaan digital

  • By Siti
  • October 7, 2026
MyGOV Malaysia: Pusat rujukan sehenti perkhidmatan kerajaan digital