Petunjuk SDG Malaysia capai kedudukan baik

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Malaysia mencapai kedudukan yang baik dalam petunjuk Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), mendahului pencapaian dunia.

Perdana Menteri berkata, berdasarkan analisis 248 petunjuk SDG terkini, Malaysia berada pada di kedudukan yang baik iaitu sekitar 43 peratus berbanding pencapaian dunia 17 peratus.

Meskipun pencapaian itu agak baik, beliau berkata negara perlu terus meningkatkan lagi usaha bagi mencapai prestasi lebih baik lagi.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Sidang Kemuncak Matlamat Pembangunan Mampan Malaysia 2024 di ibu negara, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib.

Mengulas kejayaan itu, Perdana Menteri berkata, pencapaian berkenaan memberi sedikit petanda yang baik, namun Malaysia harus bergegas dengan upaya yang lebih untuk mencapai prestasi terbaik, yang menjadi petanda aras bagi negara.

Beliau berkata, Malaysia harus melakukan apa saja yang perlu sebaik mungkin untuk memastikan negara mencapai matlamat dengan cara yang paling cemerlang.

Katanya, pencapaian yang bukan saja mencakupi kepentingan ekonomi, tetapi juga sesuatu yang begitu kritikal untuk kelangsungan hidup manusia dan negara.

Jelasnya, pengertian pembangunan ekonomi saja tidak mencukupi, tetapi kini ia merangkumi kefahaman mengenai ihsan, kemanusiaan, keadilan dan keselamatan termasuk persekitaran alam sekitar dan iklim.

Related Posts

Bekas Ketua Hakim Negara meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 90 tahun. Berita pemergian Allahyarham yang juga anak jati Batu Gajah, Perak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2026 bakal menjadi pemangkin baharu dalam memperluas produk tempatan menerusi gerakan Jom Beli Produk Malaysia (Jom Malaysia) ke pentas dunia. Menteri Perdagangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar utamakan kepentingan pendeposit Tabung Haji mengatasi populariti politik

Anwar utamakan kepentingan pendeposit Tabung Haji mengatasi populariti politik

Jangan ada lagi ‘tangan ghaib’ usik Tabung Haji – ABIM

Jangan ada lagi ‘tangan ghaib’ usik Tabung Haji – ABIM

Wujudkan undang-undang khusus agar campur tangan politik dalam Tabung Haji dapat dinoktahkan

Wujudkan undang-undang khusus agar campur tangan politik dalam Tabung Haji dapat dinoktahkan

Nurul Izzah lepas jawatan, kita terima baik – Anwar

Nurul Izzah lepas jawatan, kita terima baik – Anwar

Pesantun 2026 jayakan misi perkasa seni budaya warisan bangsa

Pesantun 2026 jayakan misi perkasa seni budaya warisan bangsa

Pasangan penagih warga emas antara 1,000 individu ditahan AADK

Pasangan penagih warga emas antara 1,000 individu ditahan AADK