Maxim raikan Hari Malaysia bersama anak yatim dan wad kanak-kanak

SIBU – Pada sambutan Hari Malaysia 16 September lalu, syarikat e-hailing Malaysia Maxim E-hailing mengadakan acara amal dengan melawat rumah anak yatim di Sibu dan wad kanak-kanak di Hospital Umum Miri.

Acara ini bertujuan meraikan sambutan Hari Malaysia dengan golongan kanak-kanak terutama mereka yang memerlukan bantuan.

Maxim menyumbangkan barangan keperluan serta menjalankan beberapa aktiviti menarik bagi menceriakan kanak-kanak yang hadir.

Kira-kira 150 kanak-kanak terlibat dalam program ini dan turut menerima hadiah menarik daripada pihak Maxim.

Selain itu, sumbangan lain seperti bekalan makanan, alat tulis, buku, dan peralatan elektronik juga telah disampaikan kepada pihak pengurusan rumah anak yatim.

Antara aktiviti yang menarik ialah permainan papan ular gergasi yang mana kanak-kanak serta wakil pengurusan Maxim turut serta bermain.

Pihak Maxim juga mengambil peluang berkongsi ilmu mengenai keselamatan jalan raya, mengajar cara melintas dengan selamat, serta mengenali papan tanda jalan raya.

“Kami sangat gembira dengan acara amal ini. Tujuan utama ialah meraikan Hari Malaysia bersama-sama anak-anak yatim sambil menyumbang barangan keperluan.

“Kami berharap dapat meneruskan program seperti ini demi memupuk semangat patriotik dan membantu mereka yang memerlukan,” kata Ketua Bahagian Maxim Miri Haris Morisson.

Selain itu, Maxim juga mengadakan perarakan kenderaan dengan bendera Malaysia sekali gus meningkatkan semangat kemerdekaan dan mencipta kenangan manis untuk semua yang terlibat.

Maxim beroperasi di Malaysia sejak 2019 dan terus menawarkan perkhidmatan pengangkutan yang inovatif dan mudah diakses di seluruh negara.

Related Posts

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

MUKAH – Kehadiran luar biasa seramai 110,772 pengunjung sepanjang tiga hari Penganjuran Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Mukah membuktikan semangat perpaduan dan keharmonian kaum di bahagian ini berada pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017