Nilai ringgit cecah paras tertinggi tempoh 20 bulan

PUTRAJAYA – Ringgit meningkat 7.86 peratus setakat tahun ini, mencatat paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan berbanding dolar AS apabila pasaran menunggu mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan itu meningkat kepada 4.2535/2645 berbanding dolar AS daripada 4.2975/3050 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

Pasaran ditutup pada Isnin, 16 September, 2024 sempena cuti umum sambutan Maulidur Rasul dan Hari Malaysia.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu Bernama, penurunan Indeks Dolar AS (DXY) kepada sekitar 100 mata mungkin memberi petunjuk yang Rizab Persekutuan AS (Fed) akan mencadangkan pemotongan kadar faedah yang agresif minggu ini.

“Mungkin dengan memulakan pemotongan kadar faedah sebanyak 50 mata asas akan meredakan kebimbangan terhadap kemungkinan kelembapan ekonomi dan Fed perlu menunjukkan ketegasan mereka untuk memastikan matlamat pekerjaan maksimum dapat dicapai.

“Tempoh masa dan saiz pengurangan kadar faedah adalah penting untuk memastikan kejayaan dalam mencapai pertumbuhan yang stabil pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata, ringgit berkemungkinan mendapat manfaat utama daripada pergerakan penanda mata wang kerana ia akan membolehkan jurang kadar faedah yang lebih kecil antara Kadar Dana Fed (FFR) dan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada masa akan datang.

Setakat tahun ini, ringgit juga meningkat 5.65 peratus berbanding dolar Singapura kepada 3.2891/2979 berbanding 3.3098/3159 pada Jumaat lepas.

Related Posts

Kerajaan percepat penggubalan RUU e-Dagang

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mempercepat penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) e-Dagang bagi menambah baik aspek kemudahan dan kawal selia sektor berkenaan selaras dengan perkembangan pesat perniagaan digital. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Elemen terpilih GST dalam SST bantu atasi cukai bertindih

PUTRAJAYA – Cadangan untuk menggabungkan elemen Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tertentu ke dalam kerangka Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) sedia ada disifatkan membantu menangani isu seperti cukai bertindih…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini