Terserah Zahid runding semula peruntukan pembangkang – Tengku Zafrul

KLUANG – Rundingan semula Memorandum Persefahaman (MoU) Mengenai Peruntukan Pembangkang akan digerakkan oleh pucuk pimipinan Kerajaan Perpaduan dengan blok pembangkang.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, beliau tidak mempunyai kapasiti untuk mengulas berkenaan rundingan semula draf peruntukan kepada pembangkang kerana tidak terlibat dalam urusan perkara tersebut.

“Saya bukan dalam (Majlis Sekretariat Kerajaan Perpaduan). Kena tanya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya tak terlibat dalam ini (membuat keputusan). Terserah kepada pucuk pimpinan,” katanya ketika program ziarah kasih di Kampung Melayu, pada Isnin.

Semalam, pembangkang sebulat suara menolak Memorandum Persefahaman (MoU) Mengenai Peruntukan Pembangkang yang dikemukakan Kerajaan Perpaduan.

Penolakan itu dibuat atas empat sebab asas yang dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan di mana beberapa syarat dikenakan dalam MoU dikhuatiri boleh menjejaskan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.

Dakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, selain itu ia turut bertentangan dengan nilai budaya, moral dan agama di mana draf MoU itu mengandungi syarat-syarat yang dilihat bertentangan dengan nilai tradisi, budaya, moral agama serta tempatan.

Susulan penolakan itu Zahid berkata, kerajaan terbuka sekiranya MoU Mengenai Peruntukan Pembangkang mahu dirunding sekali lagi.

Namun, beliau berkata, ia tidak akan tersasar daripada syarat asal seperti ditetapkan dalam draf MoU dikemukakan kerajaan kepada Perikatan Nasional (PN), sebelum ini.

Beliau berkata, draf itu sudah dirangka dengan kandungan dan beberapa syarat mengikut apa difikirkan sesuai oleh kerajaan dan diserahkan kepada PN untuk dibincangkan dengan ahli Parlimen mereka.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Tengku Zafrul yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yakin dengan faktor ‘wow’ yang dimiliki calon Barisan Nasional (BN) DUN Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah bakal mengekalkan kemenangan BN di situ.

“Calon muda kita ini mempunyai ciri-ciri penting untuk kita (BN) menang di Mahkota.

“Kita nak pemimpin yang berkhidmat, Syed Hussien ini memang dah lama berkhidmat dalam komuniti di sini.

“Saya yakin beliau akan dipilih sebagai wakil rakyat di sini dan dapat berkhidmat sebaiknya kepada pengundi di Mahkota,” ujarnya.

Related Posts

Pengalaman Singapura jadi rujukan penganjuran F1 Bahrain GP di Sepang – Anwar

PUTRAJAYA – Antara persiapan bagi menjayakan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang pada Oktober depan ialah meneliti pengalaman serta amalan terbaik republik Singapura dalam penganjuran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MoF nafi dakwaan SARA RM100 sekali bayar untuk semua rakyat berusia 18 tahun ke atas

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MoF) menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan menerima bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jenayah di Selangor terus menurun – Ketua Polis Selangor

Jenayah di Selangor terus menurun – Ketua Polis Selangor

Pokok tumbang: Cari jalan penyelesaian, bukan masa untuk menyalahkan mana-mana pihak

Pokok tumbang: Cari jalan penyelesaian, bukan masa untuk menyalahkan mana-mana pihak

Sarawak bersedia terajui perdagangan karbon ikut acuan sendiri

Sarawak bersedia terajui perdagangan karbon ikut acuan sendiri

Penduduk kampung bimbang dakwaan penyebaran bahan disyaki dadah baharu

Penduduk kampung bimbang dakwaan penyebaran bahan disyaki dadah baharu

Sudah tiba masa UMNO akui kelemahan dan salah urus Tabung Haji – KJ

Sudah tiba masa UMNO akui kelemahan dan salah urus Tabung Haji – KJ

SeMURNI anjur bengkel STEM hujung Ogos

SeMURNI anjur bengkel STEM hujung Ogos