Belajar sikap KM Sabah, Premier Sarawak mahu jayakan Malaysia – PM Anwar

KOTA KINABALU – Para pemimpin perlu belajar daripada sikap yang ditunjukkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang mahu sama-sama menjayakan Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, kedua-dua pemimpin dari wilayah Sabah dan Sarawak itu mempunyai semangat perpaduan untuk membina negara secara bersama.

“Tidak benar kalau mereka tidak menuntut atau tidak mengeluh atau memohon.

“Seperti mana saya, saya juga akan meminta dan memohon daripada mereka. Tetapi semangat perpaduan hidupkan dan jayakan Malaysia, itu ada.

“Dua sahabat yang saya menaruh keyakinan penuh iaitu Ketua Menteri Sabah dan Premier Sarawak, bermuafakat dan berbicara dengan terang, tegur dengan baik sebagai sahabat, mengeluh, menuntut tetapi dalam semangat untuk menjayakan Malaysia, negara keramat kita,” katanya semasa berucap sempena Sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka di sini, pada Isnin.

Dalam pada itu, Anwar turut menasihatkan dan mengajak semua untuk bekerja sebagai sebuah pasukan.

“Hindarlah terutama kadang-kadang keterlaluan seperti yang kita dengar, fahaman perkauman yang keterlaluan, fahaman agama yang menimbulkan kebencian dan musuh. “Kalau dengar ceramah itu tidak ada lain benci terus tidak ada langsung ‘compassion’ dan kasih sayang.

“Sebab itu untuk belajar dari sejarah penubuhan Malaysia iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak dan belajar dari wawasan bapa-bapa pejuang,” ujarnya.

Katanya lagi belajar dari bapa pejuang terdahulu yang tidak terlalu canggih dalam pebicaraan mereka.

Tambah beliau, mereka (bapa pejuang) tidak mempunyai sijil berjela-jela tetapi mempunyai hati nurani dan wawasan yang baik untuk anak-anak bangsa mereka.

Hadir menyerikan sambutan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg; kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadhillah Yusof serta barisan Menteri Kabinet Persekutuan termasuk negeri Sabah dan Sarawak.

Related Posts

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

PUTRAJAYA – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menggesa siasatan berhubung kemalangan maut di Simpang Renggam, Johor yang meragut lima nyawa disegerakan supaya tindakan pendakwaan dapat diambil terhadap pihak yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

KUALA TERENGGANU – Barisan Nasional (BN) sedang meneliti senarai calon yang dikemukakan Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum keputusan muktamad dibuat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow