Ibu bapa perlu waspada penggunaan media sosial kanak-kanak bawah umur

PUTATAN – Kementerian Komunikasi memberi peringatan tegas kepada ibu bapa berhubung penggunaan media sosial kanak-kanak bawah umur 13 tahun.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, berikutan terjadinya banyak kes tidak diingini melibatkan kanak-kanak dalam platform media sosial, ibu bapa dinasihatkan agar lebih berwaspada dan mengawasi keselamatan anak mereka.

“Sempena Hari Malaysia ini, sebagai Menteri Komunikasi saya mengambil peluang untuk memberi peringatan kepada golongan ibu bapa untuk memastikan anak-anak anda di bawah usia 13 tahun tidak membuka atau memiliki sebarang akaun peribadi di kesemua platform media sosial.

“Larangan ini telah ditetapkan dalam semua platform media sosial adalah untuk memastikan keselamatan kanak-kanak kerana telah berlaku terlalu banyak masalah seperti pengantunan yang boleh membawa kepada jenayah gangguan seksual terhadap kanak-kanak.

“Kementerian Komunikasi amat prihatin terhadap isu ini dan ingin memberi peringatan terutamanya kepada ibu bapa dan juga mengajak semua pihak untuk sama-sama peka akan sensitiviti isu ini,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Hari Malaysia, Putatan 2024 di Perkarangan Dewan Sri Putatan, di sini, pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan sebarang rakaman atau tangkapan gambar wajah kanak-kanak adalah harus mendapatkan keizinan daripada pihak ibu bapa atau penjaga.

Tambah Fahmi, sesiapa sahaja yang berniat mengambil gambar atau merakam wajah kanak-kanak harus mendapat keizinan daripada ibu bapa kanak-kanak tersebut terlebih dahulu.

“Termasuk juga semua penggambaran filem, rancangan television dan sebagainya yang melibatkan kanak-kanak perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dengan izin daripada ibu bapa.

“Terbaharu, kita telah mendengar kes melibatkan seorang individu lelaki yang dikenali sebagai ‘Abang Bas’ dalam akaun TikTok, yang merakam pelajar sekolah rendah memaparkan wajah mereka, kemudian memuat baik video atau membuat ‘live’ ke dalam TikTok miliknya yang boleh ditonton oleh semua pengikut atau pengguna media sosial tersebut.

“Bayangkan wajah anak-anak anda memakai baju sekolah dengan lencana sekolahnya, terpapar di dalam media sosial, ditonton oleh ramai orang, itu suatu pendedahan maklumat mengenai anak anda tentang dimana dia bersekolah yang akan memudahkan penjenayah untuk melakukan penculikan,” ujarnya.

Related Posts

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PENYELESAIAN kes saman antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim, tidak seharusnya berakhir dengan penarikan balik tindakan undang-undang semata-mata. Naib Presiden Parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

SHAH ALAM – Status Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan politik menjadi persoalan selepas tular beberapa dokumen yang didakwa dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berkaitan pendaftaran gabungan itu. Antara dokumen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketua Pemuda Pas Terengganu letak jawatan, tiga pemangku dilantik

Ketua Pemuda Pas Terengganu letak jawatan, tiga pemangku dilantik

55 aduan diterima Tribunal Antibuli

55 aduan diterima Tribunal Antibuli

Seorang wanita OKU maut, dua ahli keluarga ditahan

Seorang wanita OKU maut, dua ahli keluarga ditahan

Remaja 18 tahun diberkas jual tambah nilai judi dalam talian

Remaja 18 tahun diberkas jual tambah nilai judi dalam talian

PSKPP Sarawak kali ke-44 berlangsung di Limbang, Lawas Oktober ini

PSKPP Sarawak kali ke-44 berlangsung di Limbang, Lawas Oktober ini

Dua penjawat awam kemuka tuntutan palsu RM30,000 dituduh pada Khamis

  • By Fatin
  • September 24, 2026
Dua penjawat awam kemuka tuntutan palsu RM30,000 dituduh pada Khamis