Pembayaran interim satu bentuk pengiktirafan hak 40 peratus Sabah – Ewon

PENAMPANG – Pembayaran Khas Interim untuk Sabah dan Sarawak daripada RM300 juta tahun ini yang ditingkatkan kepada RM600 juta bermula tahun hadapan merupakan satu pengiktirafan kepada tuntutan Hak 40 Peratus Sabah.

Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick berkata, keputusan dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu juga seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Dengan adanya perakuan atau pelaksanaan pembayaran interim, kita (kerajaan) sudah mengiktiraf hak itu dalam perlembagaan, yang akan berlaku seterusnya ialah perbincangan berterusan antara kerajaan Sabah dan Kerajaan Persekutuan.

“Saya percaya kerajaan yang ada pada hari ini membuka ruang seluas-luasnya kepada perbincangan ke atas isu ini (hak 40 peratus),” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan kunjungan bersama Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil kepada bekas Ketua Biro New Straits Times Press (NSTP), Roy Goh, di Kampung Dabak di sini, pada Sabtu. 

Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menzahirkan penghargaan atas keputusan tersebut berikutan Kerajaan Madani pada hari ini komited dalam mencari titik penyelesaian isu tersebut. 

“Saya berada di kerajaan sebelum ini, saya tidak nampak perbincangan itu seluas seperti ini (kerajaan sekarang) dan saya ingin mengesahkan bahawa hampir setiap minggu perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dibincangkan di Kabinet Persekutuan.

“Kita sedia maklum Kerajaan Sabah hanya mengemukakan tuntutan secara rasmi pada 18 Jun lalu dan saya fikir dalam tempoh ini akan ada perbincangan sama ada di peringkat Jawatankuasa Kerja atau diangkat ke Majlis Khas Tindakan Pelaksanaan MA63.

“Bagi perkara yang tidak dapat dimuktamadkan di Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63, akan dibincangkan pemimpin peringkat atas iaitu Perdana Menteri, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor,” tambahnya. 

Dalam pada itu, Ewon menjelaskan kerajaan tidak menetapkan sebarang ‘time frame’ untuk perbincangan yang lebih luas antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri. 

Mengulas mengenai kunjungan itu, Ewon menghargai kesudian Fahmi mengadakan lawatan kerja di Penampang dan menyantuni komuniti media. 

“Semoga kunjungan dan sumbangan ini dapat memberi sokongan moral kepada saudara Roy yang telah banyak menyumbang kepada negara melalui penulisan berita,” ujarnya.

Related Posts

Remaja 18 tahun diberkas jual tambah nilai judi dalam talian

KABONG – Tindakan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang menjadikan sebuah kedai runcit sebagai lokasi menawarkan perkhidmatan tambah nilai judi dalam talian membawa padah apabila dia ditahan di Pekan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PSKPP Sarawak kali ke-44 berlangsung di Limbang, Lawas Oktober ini

LIMBANG – Pesta Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran (PSKPP) Negeri Sarawak Kali Ke-44 Tahun 2026 bakal berlangsung di daerah Limbang dan Lawas bermula 1 hingga 4 Oktober depan. Program…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Remaja 18 tahun diberkas jual tambah nilai judi dalam talian

Remaja 18 tahun diberkas jual tambah nilai judi dalam talian

PSKPP Sarawak kali ke-44 berlangsung di Limbang, Lawas Oktober ini

PSKPP Sarawak kali ke-44 berlangsung di Limbang, Lawas Oktober ini

Dua penjawat awam kemuka tuntutan palsu RM30,000 dituduh pada Khamis

  • By Fatin
  • September 24, 2026
Dua penjawat awam kemuka tuntutan palsu RM30,000 dituduh pada Khamis

‘Kahwin kampung’ tidak benar, pasangan dicekup berkhalwat

  • By Fatin
  • September 24, 2026
‘Kahwin kampung’ tidak benar, pasangan dicekup berkhalwat

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?