PN akui PRK DUN Mahkota mencabar

PERIKATAN Nasional (PN) akui situasi Pilhan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dianggap mencabar oleh gabungan parti berkenaan.

Tidak menjelaskan secara terperinci cabaran dihadapi, namun Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, cabaran berlaku tatkala berada di situasi lapangan.

“Saya berada di Mahkota untuk melihat tahap kesiapsiagaan jentera Perikatan Nasional di setiap Unit Daerah Mengundi menjelang PRK Mahkota.

“Saya teruja dengan komitmen dan kegigihan pimpinan dan jentera tempatan yang sudah memulakan gerak kerja tersusun di 18 Bilik Gerakan Daerah Mengundi.

“Walaupun situasi di lapangan agak mencabar, tetapi Insya-Allah PN ada peluang yang baik untuk menawan Mahkota,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Mohamed Azmin yang juga Pengerusi PN Selangor memuat naik lawatan beliau ke DUN Mahkota bagi meninjau kesiap-siagaan jentera itu menghadapi PRK pada 28 September ini.

PN pada Selasa lalu mengumumkan bekas pemain bola sepak Johor FA, Mohd Haizan Jaafar, 61, sebagai calon mereka untuk berdepan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah.

Sebelum ini, beberapa penganalisis politik mengandaikan DUN Mahkota sukar dirampas pembangkang, ditambah lagi dengan jasa dan bakti oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Allahyarhamah Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, yang dilihat masih berada di hati pengundi.

Malah, Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa sendiri turut berpandangan bahawa calon BN mampu menang besar pada PRK itu nanti ekoran sokongan pengundi semakin bertambah di bawah gabungan Kerajaan Perpaduan ketika ini.

Related Posts

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

KUALA LUMPUR – Wanita PKR mendesak enam ahli Parlimen parti itu menghentikan segera sebarang gerakan politik yang disifatkan sebagai ‘bermain dua kolam’ atau berdepan tindakan disiplin tegas. Dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi

PONTIAN – Cadangan atau usaha menubuhkan sebuah parti politik baharu ketika landskap politik negara semakin menghampiri Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) dilihat sebagai satu langkah yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Ini bukan soal politik semata-mata

Ini bukan soal politik semata-mata

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi