Azis Jamman sangka buruk, cemar imej Ketua Menteri – Nizam

KOTA KINABALU – Kenyataan Ketua Penerangan Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Azis Jamman berkaitan kelulusan biasiswa anaknya oleh kerajaan negeri menunjukkan pemimpin berkenaan sentiasa mencari jalan mencemarkan imej Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor.

Demikian disifatkan Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan kerana pemimpin berkenaan mengambil isu tersebut sebagai modal politik dan bersangka buruk dengan niat baik Hajiji.

“Ketua Menteri dalam ucapannya berkenaan isu tersebut bermaksud memberikan contoh bahawa beliau sentiasa adil dalam memberikan bantuan kepada sesiapa yang memohon pertolongan, tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik.

“Ia adalah contoh yang sesuai memandangkan pelbagai kritikan dan fitnah dilemparkan terhadap dirinya serta kerajaan pimpinannya, beliau tetap berpendirian keadilan adalah prinsip penting yang menjadi pegangannya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Facebook rasmi Penerangan Gagasan Rakyat Sabah, di sini, pada Jumaat.

Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata, sepanjang pentadbiran Hajiji, Ketua Menteri Sabah itu terkenal dengan sikapnya yang sentiasa membantu pihak yang memerlukan.

“Saya pasti prinsip membantu semua rakyat yang memerlukan akan diteruskan oleh Datuk Seri Hajiji Noor.

“Sudah tentu ramai yang akan menerima manfaat daripada sikap terpuji yang dipamerkan oleh Ketua Menteri kita,” ujarnya.

Related Posts

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

KUALA LUMPUR – Wanita PKR mendesak enam ahli Parlimen parti itu menghentikan segera sebarang gerakan politik yang disifatkan sebagai ‘bermain dua kolam’ atau berdepan tindakan disiplin tegas. Dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi

PONTIAN – Cadangan atau usaha menubuhkan sebuah parti politik baharu ketika landskap politik negara semakin menghampiri Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) dilihat sebagai satu langkah yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Ini bukan soal politik semata-mata

Ini bukan soal politik semata-mata

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi