Cuaca buruk paksa pendaki Gunung Kinabalu turun segera

RANAU – Para pendaki Gunung Kinabalu paksa turun segera kerana ke laluan pendakian puncak ditutup sepenuhnya akibat cuaca buruk di sini pada pukul 8.43 pagi Jumaat.

Taman-Taman Sabah (TTS) memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook berkata, keadaan cuaca pada hari ini dilaporkan sangat berangin, berkabus serta hujan lebat yang menyebabkan aliran air deras menuruni laluan pendakian di kawasan Sayat-Sayat.

“Kesemua pendaki yang telah melepasi laluan ini telah diarahkan turun dengan serta-merta.

“Mereka telah tiba dengan selamat di Panalaban, salah satu titik rehat utama dalam perjalanan pendakian Gunung Kinabalu.

“Keselamatan pendaki dijamin apabila mereka diiringi oleh tiga petugas penyelamat dari Pasukan SAR (Search and Rescue) Taman-Taman Sabah, iaitu Nur Ariffin Japirin, Jerrye Calvin Patrick dan Ramzan Jatimin,” jelas agensi itu dalam kenyataan.

Justeru itu, Taman-Taman Sabah turut menyatakan komitmen mereka dalam memastikan keselamatan para pendaki Gunung Kinabalu dengan memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.

Related Posts

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

KUDAT – Taman Tun Mustapha (TTM) kini berada di landasan penting untuk muncul antara kawasan perlindungan marin bertaraf dunia apabila berjaya memasuki fasa penilaian bagi pengiktirafan International Union for Conservation…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

KANGAR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perlis menahan dua lelaki warga Indonesia dipercayai tinggal melebihi tempoh dibenarkan di negara ini dalam satu operasi penguatkuasaan di sebuah tapak pembinaan rumah di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Ini bukan soal politik semata-mata

Ini bukan soal politik semata-mata

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi