Penamaan calon PRK DUN Mahkota di Dewan Tunku Ibrahim Ismail

KLUANG – Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota Sabtu ini akan diadakan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, di sini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, bakal calon yang bertanding pada PRK itu perlu menyerahkan kertas penamaan calon dari 9 pagi hingga 10 pagi kepada Pegawai Pengurus di Pusat Penamaan Calon berkenaan.

“Bakal calon turut disarankan mengisi borang dan membuat semakan awal dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Johor sebelum hari penamaan calon.

“Bakal calon dinasihatkan untuk membuat pembayaran deposit lebih awal dan resit pembayaran hendaklah dibawa pada hari penamaan calon sebagai bukti pembayaran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ikmalrudin berkata, bakal calon juga hendaklah mengemukakan surat kebenaran penggunaan simbol parti yang diwakili apabila membuat penyerahan Kertas Penamaan Calon.

Setiausaha SPR itu mengingatkan calon yang telah membayar deposit bahan kempen pilihan raya sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta 5, juga tertakluk pada undang-undang kecil mana-mana pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Dalam masa sama, penggunaan semua jenis alat muzik atau pembesar suara bagi tujuan diayah politik melalui kenderaan serta larangan menunggu atau berada dalam jarak 50 meter dari sempadan yang ditetapkan adalah tidak dibenarkan pada hari penamaan calon dan adalah satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5].

“SPR menyeru kepada bakal-bakal calon dan parti-parti politik yang terlibat agar sentiasa mematuhi undang-undang, peraturan, tata etika dan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh SPR, PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan PBT bagi memastikan proses penamaan calon yang dilaksanakan dapat berjalan dengan baik dan lancar,” katanya.

SPR menetapkan hari pengundian bagi pilihan raya itu pada 28 September manakala pengundian awal pada 24 September ini.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, daripada Barisan Nasional (BN) pada 2 Ogos lepas ketika menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di Kluang.

Related Posts

Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis

REKOD pentadbiran Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, dilihat mampu menjadi antara faktor penting yang membantu Pakatan Harapan (PH) mempertahankan negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Liabiliti 1MDB perlu jadi iktibar pengundi Johor

BATU PAHAT – Beban kewangan berjumlah RM51.4 bilion yang ditanggung kerajaan susulan komitmen berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukan sekadar isu fiskal, malah memberi kesan langsung terhadap keupayaan negara melaksanakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis

Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis

Anwar hantar isyarat politik matang, komited bantu Johor – Penganalisis

Anwar hantar isyarat politik matang, komited bantu Johor – Penganalisis

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000