Pengeluaran minyak sawit tempatan makin pulih

PUTRAJAYA – Pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) Malaysia berkemungkinan akan kembali ke paras prapandemik pada sekitar 20 juta tan setahun jika aliran peningkatan pada masa ini berterusan.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melaporkan peningkatan 7.3 peratus stok minyak sawit pada Ogos 2024 untuk mencecah 1.88 juta tan, paras tertinggi sejak Februari 2024.

Penganalisis TA Securities, Angeline Chin, berkata pengeluaran MSM bulan lalu terus menunjukkan peningkatan sebanyak 2.9 peratus bulan ke bulan dan lapan peratus tahun ke tahun untuk mencapai jumlah keseluruhan pada 1.89 juta tan.

Beliau berkata, setakat tahun ini, pengeluaran meningkat sebanyak 10.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu dengan jumlah keseluruhan 12.61 juta tan.

“Pertumbuhan itu terutamanya disebabkan oleh peningkatan aktiviti penuaian, berikutan penyelesaian kekurangan tenaga kerja sebelum ini.

“Faktor bermusim juga dijangka terus mendorong pengeluaran ke tahap yang lebih tinggi dalam bulan-bulan akan datang,” katanya dalam satu nota penyelidikan, hari ini.

Peningkatan stok MSM yang tidak dijangka adalah hasil daripada pengeluaran lebih tinggi dan eksport lebih lemah sebanyak 1.53 juta tan pada Ogos, turun 9.7 peratus bulan ke bulan.

Sementara itu, import juga susut sebanyak 4.9 peratus bulan ke bulan kepada 10 juta tan, manakala penggunaan domestik meningkat sedikit sebanyak 4.7 peratus bulan ke bulan kepada 249,900 tan.

Pengeluaran setakat tahun ini mengimbangi peningkatan dalam eksport, manakala import turun sebanyak 76.2 peratus kepada 172,000 tan dan penggunaan domestik susut sedikit sebanyak 5.3 peratus tahun ke tahun kepada 2.45 juta tan.

Secara keseluruhannya, data MPOB untuk bulan Ogos menunjukkan tinjauan pasaran yang neutral.

Mengulas lanjut, Chin berkata, melangkah ke hadapan, TA Securities menjangkakan tiada pemangkin utama yang dapat meningkatkan permintaan MSM dalam masa terdekat.

Beliau berkata, semua perhatian kini tertumpu pada kemungkinan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dan kesannya terhadap harga minyak mentah pada September.

Related Posts

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perkembangan ekonomi Malaysia tidak bergantung AI, semikonduktor – BNM

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) ketika ini tidak melihat keperluan untuk menyemak unjuran pertumbuhan ekonomi dan sebarang perubahan lazimnya akan dibuat ketika pengumuman belanjawan. Gabenor Bank Negara Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok