Raja Petra meninggal dunia

PUTRAJAYA – Pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di Manchester, United Kingdom (UK), malam tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 74 tahun.

Pemergian Raja Petra disahkan oleh adiknya kepada portal berita FMT.

“Dengan rasa dukacita yang mendalam, saya ingin memaklumkan bahawa abang kesayangan saya, Raja Petra Kamarudin, telah meninggal dunia pada jam 11.26 malam waktu UK pada hari Isnin, 9 September di Manchester, UK,” katanya melalui mesej ringkas kepada portal berita berkenaan.

Allahyarham dilahirkan pada 27 September 1950 dan dikenali dengan nama singkatan RPK.

Raja Petra adalah pengendali laman web Malaysia Today yang menerbitkan ulasan dan artikel berkaitan politik Malaysia.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Raja Petra menetap di Manchester.

Walaupun berada di luar negara, beliau terus aktif menulis dan menyuarakan pandangan mengenai politik Malaysia melalui platform itu.

Related Posts

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

KENYATAAN UMNO menerusi program Musyawarah Nasional bertajuk ‘Realiti dan Persepsi: Jangan Mempolitikkan Tabung Haji’, hari ini mengundang persoalan mengenai kedudukan serta dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu

VETERAN PKR, Tian Chua berharap dapat kembali menjadi Ahli Parlimen dan terbuka untuk bertanding semula di Parlimen Batu, dengan menyatakan beliau mempunyai sokongan kuat daripada pengundi di situ. Bagaimanapun, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat