Kelindan lori tersepit akibat kemalangan di Kanowit

KANOWIT– Lori terlibat dalam kemalangan kendiri di hadapan Rumah Margeret, Jalan Lukut Penyulau menyebabkan seorang kelindan tersepit, manakala pemandu mengalami kecederaan ringan.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 3.37 petang berkenaan kemalangan tersebut.

“Sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit, diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Badrulhisham Mohamad, segera bergegas ke lokasi kejadian”.

“Setibanya di tempat kejadian, mereka mendapati pemandu lori, Michael Janting Aboi, 25 tahun mengalami kecederaan ringan.

Namun, kelindan lori, Ahmad Zaidi Abdullah, berusia 32 tahun tersepit di dalam lori,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Pihak bomba menggunakan peralatan khas untuk merenggangkan kawasan yang tersepit.

Setelah mangsa berjaya dikeluarkan, kedua-duanya diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan lanjut.

Related Posts

Media terus jadi rakan strategik sebar aspirasi SMJ 2.0

KOTA KINABALU – Pengamal media di Sabah diharap terus menjadi rakan strategik kerajaan dalam menyampaikan maklumat tepat kepada rakyat, khususnya berkaitan pelaksanaan inisiatif Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0. Pengerusi Sekretariat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RTB perlu segera, diperbanyak tangani banjir berulang

TAWAU – Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di daerah ini perlu disegerakan dan diperbanyakkan bagi menangani isu banjir berulang yang semakin membimbangkan khususnya di beberapa kawasan berisiko. Ahli Parlimen Kalabakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Media terus jadi rakan strategik sebar aspirasi SMJ 2.0

Media terus jadi rakan strategik sebar aspirasi SMJ 2.0

PRN Negeri Sembilan: 14 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka

PRN Negeri Sembilan: 14 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka

Bersatu bakal digugurkan, serah kepada Majlis Tertinggi PN – Samsuri

Bersatu bakal digugurkan, serah kepada Majlis Tertinggi PN – Samsuri

Pas ubah naratif demi politik? Kritikan Zuliadin cetus persoalan tentang konsistensi perjuangan

Pas ubah naratif demi politik? Kritikan Zuliadin cetus persoalan tentang konsistensi perjuangan

RTB perlu segera, diperbanyak tangani banjir berulang

RTB perlu segera, diperbanyak tangani banjir berulang

Isu elektrik, telekomunikasi Orang Asli jadi keutamaan calon PH Pertang

Isu elektrik, telekomunikasi Orang Asli jadi keutamaan calon PH Pertang