Pertarungan Anwar lawan rasuah penuh ranjau

TIDAK ada hari Datuk Seri Anwar Ibrahim diam tanpa bercakap soal melawan rasuah bahkan bermula hari pertama dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 (PMX) pada 24 November 2022.

Pada tanggal keramat itu juga Anwar yang juga Presiden PKR sudah berikrar untuk tidak menerima gaji Perdana Menteri dengan tujuan memulihkan keyakinan rakyat.

Hal ini tegasnya, rasuah adalah barah utama yang melemahkan ekonomi negara sekali gus menjatuhkan moral rakyat.

Bahkan selepas menolak gaji Perdana Menteri, Anwar bertindak memulangkan semula elaun sebagai Pengerusi Khazanah Berhad yang berbulan-bulan masuk ke akaun banknya.

Ini adalah bukti keikhlasan Anwar untuk berbakti kepada rakyat dan negara bukan mengejar habuan serta laba atau mengaut kekayaan sementara di tampuk kuasa.

Beliau tegak dengan pendirian untuk tidak mengambil sebarang elaun dan gaji itu kekal selagi keadaan ekonomi di Malaysia tidak pulih sebaiknya.

Momen paling pedih apabila kerajaan mengumumkan penyasaran semula subsidi diesel, menyedari langkah tidak popular itu, Anwar mengakui ‘dimaki hamun berbakul-bakul oleh rakyat’ sedangkan ia bertujuan menampung kos pengangkutan awam serta Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang kini mencecah RM10 bilion.

Perdana Menteri menegaskan rasionalisasi tindakan penyelarasan subsidi mesti dilakukan supaya golongan mahakaya tidak lagi menerima manfaat itu termasuk 3.5 juta warga asing di negara ini selain ketirisan melalui kegiatan penyeludupan.

Anwar bahkan pernah memberitahu usaha memerangi rasuah yang digerakkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidaklah mudah kerana agensi anti rasuah itu berdepan dengan musuh yang disifatkan sebagai ‘gergasi’ dan paling kaya dalam negara.

Bukan cuma itu, Anwar juga melaksanakan reformasi perkhidmatan awam dengan tujuan utamanya melawan kecurangan rasuah dengan segala kekuatan yang ada.

Kerana katanya untuk membangun ekonomi negara ia harus bermula dengan melawan unsur yang merosakkan sendi negara yang berpunca daripada rasuah dan salah guna kuasa.

Perjalanan Anwar dan Kerajaan Madani menghapus penyangak-penyangak rasuah ini penuh ranjau dan ia memerlukan sokongan semua pihak agar negara kita dipandang gah di mata dunia kerana integriti dalam dada.

Related Posts

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

ANGKA RM454 juta yang dicatatkan Terengganu bagi tahun 2025 sememangnya satu pencapaian yang wajar diiktiraf. Ia dilaporkan sebagai kutipan hasil negeri tertinggi dalam tempoh 10 tahun tanpa mengambil kira pemberian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi tulisan terbaharunya bertajuk ‘Penyelesaian Yang Gagal‘ melontarkan kritikan keras terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Kritikan tersebut menggambarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar