Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

KUALA LUMPUR – Kerajaan mempertimbangkan cadangan melarang parti politik daripada menerima sebarang dana dari luar negara, termasuk disalurkan menerusi pihak ketiga di bawah Rang Undang-Undang (RUU) Pembiayaan Politik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, skop larangan tersebut merangkumi peringkat Persekutuan serta negeri dan terpakai sepanjang kitaran politik sebelum, semasa mahupun selepas pilihan raya.

“(Ia adalah) bagi memastikan sumber dan penggunaan dana politik dapat dipantau secara berkesan,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen, pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen PN Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad bertanyakan mekanisme untuk mencegah dana luar negara daripada disalurkan melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pihak ketiga bagi membiayai kempen atau aktiviti politik yang memberi manfaat kepada parti atau calon tertentu, serta sama ada RUU itu akan mewajibkan pendedahan sumber dana dan perbelanjaan.

Mengulas lanjut, Azalina berkata, RUU itu juga dicadangkan untuk mewajibkan dana politik diterima dan digunakan melalui saluran rasmi yang boleh direkodkan, dikesan dan diaudit.

“(Ini) termasuk pelaporan berkala, penyerahan laporan kewangan diaudit secara tahunan, serta pendedahan maklumat pembiayaan politik kepada awam, tertakluk kepada butiran dan parameter yang akan dimuktamadkan semasa proses penggubalan RUU berkenaan,” katanya.

Azalina berkata, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri menganjurkan Konvensyen Pembiayaan Politik 2026 pada 8 September lalu dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS).

“Konvensyen berkenaan membentangkan dapatan kajian dan mendapatkan pandangan lanjut daripada pihak pemegang taruh.

“Berdasarkan dapatan kajian, sesi libat urus dan proses triangulasi, beberapa cadangan dasar disediakan untuk pertimbangan dalam penggubalan RUU berkenaan.

“Ini merangkumi skop pemakaian undang-undang, sumber dan had sumbangan, mekanisme penerimaan dana, serta pelaporan, pengauditan, ketelusan, kesalahan dan hukuman,” katanya.

Mengulas lanjut, Azalina berkata, cadangan itu akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) dalam masa terdekat untuk semakan dan maklum balas lanjut sebelum dimuktamadkan untuk pertimbangan Jemaah Menteri.

Related Posts

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pengangkutan (MoT) akan memperketat kawalan keselamatan di lapangan terbang menerusi empat langkah segera bagi tempoh enam bulan akan datang. Menteri Dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

KUALA LUMPUR – Media diseru untuk tidak menggadaikan integriti dan etika kewartawanan semata-mata untuk mengejar kepantasan, jumlah pembaca atau tontonan tinggi. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas cipta pelbagai naratif untuk kekal di puncak kuasa – Tajuddin

Pas cipta pelbagai naratif untuk kekal di puncak kuasa – Tajuddin

Kabinet akan teliti pandangan akademik mengenai RMK13 – Fahmi

Kabinet akan teliti pandangan akademik mengenai RMK13 – Fahmi

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing