Sarawak komited tangani isu gelandangan – Fatimah Abdullah

MIRI – Projek pertama Tempat Transit Gelandangan (TTG) telah dibina di Sibu pada 6 Disember 2021.

Penubuhan TTG ini bertujuan untuk menyediakan kemudahan transit sementara, perkhidmatan sokongan, dan rujukan intervensi untuk isu sosial gelandangan.

Setakat ini, ia telah membantu dalam menyediakan transit kepada 182 gelandangan iaitu 138 lelaki dan 44 wanita.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah, sebanyak 161 gelandangan telah keluar dan kini hanya tinggal 21 orang iaitu 11 orang lelaki dan 10 orang wanita.

Tambah beliau lagi, projek ini akan turut dibina di Kuching, Bintulu, dan Miri.

“Pihak kementerian sangat komited untuk menangani isu gelandangan dengan giat melaksanakan pemantauan serta operasi menyelamat bersama agensi berwajib,” ujar beliau.

Daripada operasi bersepadu yang dilakukan bersama-sama agensi yang lain, bermula dari Kuching hingga Limbang hanya satu kes yang melibatkan warga asing.

Kebiasaannya kes seperti ini akan terus dirujuk kepada pihak Jabatan Imegresen sebelum diserahkan kepada pihak kesihatan untuk saringan kesihatan fizikal dan mentah.

“Setiap agensi mempunyai peranan tersendiri. Setelah gelandangan dikumpulkan dan ditempatkan di Pejabat Residen, Jabatan Kesihatan akan menjalankan saringan kesihatan.

Kami juga mencari alternatif jika gelandangan tidak mempunyai saudara-mara. Jika terdapat masalah mental, mereka akan dirujuk ke hospital, manakala warga asing akan diuruskan oleh Jabatan Imigresen,” jelas beliau lagi.

Selain kerjasama dengan Majlis Pembangunan Sosial (MPS), Pejabat Residen, sukarelawan, pihak polis dan Jabatan Kesihatan, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) turut membantu dalam melaksanakan ujian air kencing untuk menangani isu dadah dalam kalangan gelandangan.

Memetik kajian pada 2016, isu gelandangan ini berpunca daripada kemiskinan, kekurangan sumber kewangan, tiada tempat tinggal, serta masalah kesihatan mental.

“Terdapat juga punca pengaruh negatif seperti ketagihan alkohol, dan perjudian. Hanya segelintir yang berkaitan dengan jarak tempat kerja, namun punca terbabit bersifat sementara,” katanya.

Related Posts

Indonesia perhebat operasi tangani krisis kebakaran hutan, 138 suspek ditahan

KUCHING – Indonesia terus memperhebat operasi pemadaman darat dan udara serta memperketat penguatkuasaan undang-undang bagi menangani krisis kebakaran hutan dan lahan (Karhutla) yang sedang melanda negara tersebut.   Konsulat Jenderal Republik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pameran Mini Hari Malaysia perkukuh pemahaman sejarah pembentukan negara, MA63

MIRI – Pameran Mini Hari Malaysia Bahagian Miri 2026 disifatkan sebagai platform penting dalam memperkukuh penghayatan masyarakat terhadap sejarah pembentukan negara serta pemahaman mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Menteri Pengangkutan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerjasama dengan PH bukan tiket kuasa pengampunan Agong boleh disentuh 

Kerjasama dengan PH bukan tiket kuasa pengampunan Agong boleh disentuh 

‘Sirih pulang ke gagang’, Noh Omar kembali ke UMNO

‘Sirih pulang ke gagang’, Noh Omar kembali ke UMNO

Puteri UMNO harap keputusan yang terbaik bagi pengampunan Najib

Puteri UMNO harap keputusan yang terbaik bagi pengampunan Najib

Jangan abaikan ‘undi senyap’ anak muda, golongan itu perlu didekati

Jangan abaikan ‘undi senyap’ anak muda, golongan itu perlu didekati

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat esok – Hannah Yeoh

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat esok – Hannah Yeoh

Indonesia perhebat operasi tangani krisis kebakaran hutan, 138 suspek ditahan

Indonesia perhebat operasi tangani krisis kebakaran hutan, 138 suspek ditahan