Penguatkuasa agama di Sarawak dicadang jalani latihan PDRM

KUCHING – Kerajaan Sarawak terus komited dalam memperkasakan undang-undang syariah di Sarawak.

Oleh itu, semua lantikan baharu penguatkuasa agama di Sarawak perlu menjalani latihan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Mual Suaud, cadangan tersebut harus dipertimbangkan supaya dapat memperkasa syariah di Sarawak.

“JAIS turut mencadangkan 62 jawatan khusus penguat kuasa ditambah dan penyediaan pakaian seragam sebagai indentiti penguatkuasa tersebut,” ujar beliau.

Selain itu, beliau berkata, inisiatif ini dapat dilakukan dengan efektif dan banyak kes siasatan dapat dibuka terutama melibatkan kes kesalahan jenayah syariah.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Seminar Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Peringkat Sarawak 2024 di Dewan Kompleks Islam Sarawak pada Rabu.

Sementara itu, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata kerajaan Sarawak terus komited memperkukuhkan pelaksanaan undang-undang syariah.

“Kerajaan Sarawak sentiasa memastikan agensi penguatkuasaan syariah seperti Jabatan Agama Islam Sarawak akan terus diperkasakan,” kata beliau lagi.

Tambah beliau, jabatan agama merupakan institusi yang dapat memartabatkan syiar Islam.

“Prinsip undang-undang syariah adalah menjaga agama, nyawa dan keturunan dan sentiasa relevan dengan Maqasid Syariah yang menjadi teras kepada perundangan Islam,” jelas beliau lagi.

Related Posts

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KOTA KINABALU – Gerakan koperasi di Sabah disaran lebih berani memanfaatkan potensi besar sektor pelancongan sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baharu melalui pembangunan produk, perkhidmatan dan jaringan perniagaan yang lebih kompetitif.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

KUANTAN – Semua rakyat negeri ini diseru mengambil peluang menyertai Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040 (Kajian Semula) bagi memastikan setiap perancangan pembangunan yang dirangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh