Anwar jumpa Timbalan Utama Pengerusi Majlis Mufti Persekutuan Rusia

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang rangka lawatan rasmi dua hari ke Rusia, sempat mengadakan pertemuan dengan Timbalan Utama Pengerusi Majlis Mufti Persekutuan Rusia, Rushan Hazrat Abbyasov.

Pertemuan itu turut disertai wakil diplomat Jabatan Spiritual Wilayah Timur Jauh, Jamal Sirenevich Garifullin.

“Pertemuan ini ternyata menjadi satu peringatan kepada hubungan terdalam warga Muslim di kedua-dua negara, melangkaui jarak serta benua yang memisahkan kita.

“Rusia mempunyai 25 juta warga Muslim, yang tentunya lebih besar jumlahnya ketimbang Malaysia.

“Lantaran itu, ini mesti menjadi alasan kukuh betapa hubungan lebih erat perlu direncana dan diusahakan,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.

Anwar turut memaklumkan bahawa pertemuan itu menyentuh mengenai sistem perbankan Islam, latihan serta pembangunan keupayaan selain pertukaran kepakaran dan kerjasama pelbagai institusi di Malaysia.

Antaranya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Muzium Kesenian Islam, Bank Negara Malaysia.

“Industri halal yang terus berkembang lantas meletakkan Malaysia di kedudukan terbaik dalam memenuhi minat mendalam Rusia di sektor ini.

“Nilai dikongsi secara bersama ini akan pastinya memanfaatkan… tidak hanya warga Muslim, tetapi negara secara keseluruhannya,” ujarnya lagi.

Di ruang yang sama, kata Anwar, turut ditekankan mengenai kepentingan memupuk nilai dan insititusi kekeluargaan selain tumpuan diberikan secukupnya dalam membangun masyarakat dengan nilai dan etika di samping berusaha melonjak negara ke tahap membanggakan.

Justeru, pendekatan sama juga diambil di Malaysia tatkala kita mengenengahkan Malaysia Madani dalam menggapai maksud dan objektif tersebut.

“Kunjungan ke Rusia kali ini ternyata mengujakan tatkala terpacul pelbagai peluang nyata yang mampu dimanfaatkan demi kebaikan dan kesejahteraan ummah,” katanya.

Related Posts

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

BUKIT MERTAJAM – Malaysia terus diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai antara negara Islam contoh dalam pengurusan hal ehwal Islam hasil kejayaan pelbagai institusi dan dasar yang dibangunkan secara tersusun, kata…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

BATU PAHAT – Impian yang disimpan sejak 1998 untuk bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menjadi kenyataan buat seorang warga emas yang mengakui mengalirkan air mata sebaik sahaja bersua bersama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland

Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland

Demi undi Melayu, Onn Hafiz sanggup tunggang naratif tidak mahu duduk semeja dengan DAP

Demi undi Melayu, Onn Hafiz sanggup tunggang naratif tidak mahu duduk semeja dengan DAP

Anak perantau Johor diseru balik mengundi – PMX

Anak perantau Johor diseru balik mengundi – PMX

PRN Johor dilihat laluan BN mahu kembali berkuasa

PRN Johor dilihat laluan BN mahu kembali berkuasa

Pas hilang cita-cita jadi kerajaan, fokus jadi pembangkang tunjuk kemerosotan politik – Suhaizan

Pas hilang cita-cita jadi kerajaan, fokus jadi pembangkang tunjuk kemerosotan politik – Suhaizan

Sambutan pengundi DUN Larkin positif, Suhaizan seru keluar mengundi awal

Sambutan pengundi DUN Larkin positif, Suhaizan seru keluar mengundi awal