‘PMX ibarat Rasul’, fitnah yang sangat melampau

USAHA menimbulkan kebencian ke atas Perdana Menteri Kesepuluh (PMX) oleh pihak yang dipercayai penyokong pembangkang kini sudah memasuki episod yang sangat ekstrem.

Dengan tajuk hantaran yang berbunyi “PMX ibarat Rasul yang mulia bagi kami, insya-Allah”, seorang pemilik akaun media sosial dipercayai menyamar penyokong Kerajaan Perpaduan agar imej pemerintah terjejas teruk di mata rakyat.

Dia yang menggunakan nama “En.basthree” turut meletakkan emoji bagus (tangan menaikkan ibu jari), dipercayai memaparkan hantaran itu untuk menggambarkan kononnya penyokong PMX sangat taasub kepada Perdana Menteri itu sehingga sanggup bertindak di luar batas akidah.

Hantaran itu kemudiannya diulang papar oleh pihak lain yang mengandungi tajuk kecaman berbunyi: “Patut Geng Walanon Benci Ngat Ulama. Rupa Nye Dia Dh Ada Rasul Sendiri”.

Bagaimanapun, seorang pengguna media sosial lain yang nama akaunnya dikaburkan berkata, siasatan pihak yang berkaitan dengan syarikat telekomunikasi menunjukkan bahawa lelaki bernama “En.basthree” merupakan pemimpin sayap pemuda sebuah parti politik.

Pengguna media sosial tersebut turut menyatakan bahawa dia sudah mengirim maklumat itu kepada SKMM dan PDRM agar tindakan lanjut dapat dilaksanakan.

Beliau mengecam tindakan penyamaran itu lebih-lebih apabila fitnah tersebut sudah sampai tahap menyamakan PMX dengan Rasul yang terang-terangan sangat berbahaya kesannya kepada masyarakat.

Sebenarnya jika kita meneliti perkembangan sikap pihak yang membenci Kerajaan Perpaduan, ketaasuban sedemikian sudah semakin dinormalisasikan.

Oleh sebab itu, suatu tindakan tegas dalam menangani perkara ini perlu segera diambil agar keadaan tidak menjadi lebih parah.

Related Posts

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat