Ops Tiris 3.0: KPDN rampas barang kawalan, bersubsidi RM80.11 juta

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menahan 496 individu, merampas barang kawalan dan bersubsidi bernilai RM80.11 juta dalam Op Tiris 3.0 yang dijalankan antara 1 Januari hingga 28 Ogos lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sebanyak 29,487 pemeriksaan diadakan di seluruh negara manakala 2,005 kes direkodkan dalam tempoh sama.

Menurutnya, Op Tiris 3.0 penting dalam usaha mengekang kegiatan penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan dan barang kawalan bersubsidi meliputi bahan api diesel, petrol RON95, minyak masak bungkusan polibeg satu kilogram, gas petroleum cecair (LPG), tepung gandum dan gula putih bertapis satu kilogram.

“Kementerian akan terus meningkatkan ketangkasan penguatkuasaan termasuk memperkasa kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan.

“KPDN bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut berjaya mematahkan sindiket penyelewengan minyak masak bersubsidi dalam serbuan tiga premis berasingan di Nilai, Negeri Sembilan pada 23 Ogos lalu,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dalam serbuan terbabit, katanya, sebanyak 180,200 kilogram minyak masak bersubsidi pelbagai jenama telah disita, selain kenderaan dan beberapa dokumen seperti invois jualan dan belian.

“Nilai keseluruhan rampasan dalam operasi itu dianggarkan berjumlah hampir RM500,000,” katanya sambil menambah seorang lelaki tempatan dan dua lelaki warga asing ditahan untuk membantu siasatan.

Mengulas lanjut, Armizan berkata, hasil siasatan awal mendapati aktiviti yang disyaki didalangi oleh syarikat pemborong minyak masak yang berlesen bertujuan menyeleweng dan memindahkan minyak masak bersubsidi bungkusan polibeg satu kilogram bagi jualan pada harga lebih tinggi daripada harga kawalan selain diseludup ke negara jiran.

Tegasnya, siasatan sedang dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 termasuk bagi mengenal pasti individu atau syarikat lain yang terlibat dalam aktiviti haram serta rantaian pengedaran minyak masak bersubsidi itu.

‘Kementerian ingin mengingatkan semua pihak yang terlibat dalam rantaian pembekalan dan pengedaran minyak masak bersubsidi polibeg satu kilogram agar lebih bertanggungjawab dalam memastikan subsidi ini benar-benar sampai kepada golongan sasar.

“Selain pemborong dan peruncit, syarikat pembungkus juga tidak boleh lepas tangan dan perlu bertanggungjawab dalam memastikan tidak berlakunya ketirisan.

“Syarikat pembungkus akan turut disiasat sekiranya sesuatu jenama yang disyaki terlibat dalam kegiatan penyelewengan dan penyeludupan dirampas dalam mana-mana operasi penguatkuasaan,” katanya.

Related Posts

PeSAWAH sambut baik Belanjawan 2027 tapi bimbang bayaran IPP lewat

ALOR SETAR – Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) melahirkan kebimbangan terhadap Belanjawan 2027 yang dianggap belum dapat menyelesaikan masalah pelaksanaan bantuan kepada petani khususnya pembayaran insentif. Pengerusinya, Abdul Rashid Yob…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek air bersih, tebatan banjir mampu ubah kehidupan rakyat Kelantan

PELBAGAI projek pembangunan yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 berpotensi membawa perubahan kepada kehidupan rakyat Kelantan, khususnya dalam menangani isu bekalan air bersih, banjir dan kemudahan pengangkutan awam. Ahli Dewan Undangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Pujian buat Kerajaan Persekutuan, harap komitmen jadi realiti

  • By Ezmie
  • October 10, 2026
Belanjawan 2027: Pujian buat Kerajaan Persekutuan, harap komitmen jadi realiti

PH Pahang turun padang salur maklumat tepat Belanjawan 2027

PH Pahang turun padang salur maklumat tepat Belanjawan 2027

PeSAWAH sambut baik Belanjawan 2027 tapi bimbang bayaran IPP lewat

PeSAWAH sambut baik Belanjawan 2027 tapi bimbang bayaran IPP lewat

Anggota polis maut, dua cedera parah ketika pulang dari tugas rasmi

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Anggota polis maut, dua cedera parah ketika pulang dari tugas rasmi

LKIM salur bantuan RM461,500, perkasa kebajikan nelayan Gerigat

LKIM salur bantuan RM461,500, perkasa kebajikan nelayan Gerigat

Projek air bersih, tebatan banjir mampu ubah kehidupan rakyat Kelantan

Projek air bersih, tebatan banjir mampu ubah kehidupan rakyat Kelantan