TYT Sarawak sertai Fun Walk sempena Hari Kebangsaan di Sibu

SIBU – Sibu mencipta sejarah baru hari ini apabila Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang pertama memeriahkan acara Fun Walk bersama-sama ribuan rakyat berarak sejauh 2.4 kilometer sempena Hari Kebangsaan Peringkat Sarawak 2024.

Dalam suasana ceria dan penuh patriotik, Wan Junaidi bersama isteri beliau, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, memulakan acara dengan menyempurnakan simbolik lepas mula di Dataran Tun Tuanku Bujang.

Acara ini dimulakan seawal 6 pagi dengan sesi senamrobik yang melibatkan tetamu kehormat dan rakyat pelbagai kaum serta agama serta menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan peserta.

Selain itu, acara turut disajikan dengan sesi berzumba yang penuh bersemangat serta cabutan bertuah yang menawarkan 40 hadiah menarik.

Acara ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara rakyat dengan pemimpin tetapi juga memberikan peluang kepada orang ramai beramah mesra dan merakam kenangan bersama-sama Tun Pehin Sri dan Toh Puan.

Dengan kejayaan sambutan ini, Sibu bukan hanya mengukir nama dalam sejarah negeri tetapi juga menunjukkan perpaduan dan semangat patriotik yang tinggi dalam kalangan rakyat Sarawak.

Turut hadir Menteri di Jabatan Premier Sarawak merangkap Menteri bertangggungjawab Hari Kebangsaan Peringkat Sarawak 2024, Dato Sri John Sikie Tayai, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Liwan Lagang, Timbalan Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Martin Ben, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapa’ee, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang, Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran) Datu Buckland Bangik, Residen Bahagian Sibu Abang Mohamad Porkan Abang Budiman.

Related Posts

Mesyuarat MA63 dijangka sentuh isu bayaran 40 peratus

KOTA KINABALU – Mesyuarat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pada Isnin ini dijangka menyentuh isu pembayaran 40 peratus kepada Sabah, kata Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun. Menurut Masidi, Kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua remaja maut kemalangan SUV, motosikal di Tanjung Gemok

ROMPIN – Dua remaja maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan motosikal di Kilometer 150 Jalan Kuantan-Johor Bahru berhampiran Pantai 7, Tanjung Gemok di sini awal pagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mesyuarat MA63 dijangka sentuh isu bayaran 40 peratus

Mesyuarat MA63 dijangka sentuh isu bayaran 40 peratus

Dasar Hari Bekerja Hibrid penjawat awam berkuat kuasa hari ini

Dasar Hari Bekerja Hibrid penjawat awam berkuat kuasa hari ini

Dua remaja maut kemalangan SUV, motosikal di Tanjung Gemok

Dua remaja maut kemalangan SUV, motosikal di Tanjung Gemok

Anthony yakin peratusan keluar mengundi capai 75 peratus

Anthony yakin peratusan keluar mengundi capai 75 peratus

Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh pada separuh kedua 2026

Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh pada separuh kedua 2026

Anjing viral mati, polis buka kertas siasatan khianat dengan membunuh haiwan

  • By Aden
  • August 1, 2026
Anjing viral mati, polis buka kertas siasatan khianat dengan membunuh haiwan