SUK Johor naik kereta api promosi kemerdekaan

SEGAMAT – Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Johor mencipta kelainan dalam memeriahkan hari kemerdekaan apabila menyambut hari bersejarah itu bersama penumpang Kereta Api Tanah Melayu (KTMB).

Melalui Program Ekspres Merdeka: Dari Selatan Dengan Jiwa Merdeka, Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Azmi Rohani berkata, perjalanan menaiki kereta api seawal 8.15 pagi dari Johor Bahru Sentral ke Stesen KTMB Segamat itu dipenuhi dengan pelbagai pengisian bertemakan kemerdekaan.

“Selain nyanyian lagu-lagu patriotik bersama penumpang KTMB, rombongan kami juga mengedarkan 200 helai Jalur Gemilang untuk dikibarkan.

“Selain itu, pengisian lain iaitu aktiviti mewarna turut diadakan dalam kalangan kanak-kanak dalam pengangkutan awam ini. Lakaran berunsurkan patriotik menjadi pilihan tepat sebagai pengisian merdeka,” katanya dalam hantaran Facebook rasmi pejabat kerajaan negeri itu.

Tambah beliau, program itu juga mencipta lipatan sejarah tersendiri apabila gerabak kereta api yang digunakan bakal digantikan dengan tren baharu sebaik sahaja perkhidmatan Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru siap dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2025.

Terdahulu, ketibaan rombongan beliau ke stesen Segamat disambut oleh Pegawai Daerah Segamat, Mohd Masni Wakiman sebelum dipersembahkan dengan persembahan tarian dan nyanyian daripada kumpulan tarian pelajar berkeperluan khas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Putra, Segamat serta murid-murid Tabika Kemas.

Related Posts

Integriti berasaskan keberhasilan bina pentadbiran kalis rasuah – Hajiji

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah memperkenalkan dan mendokong paradigma baharu menerusi Aspirasi Outcome-Based Integrity (OBI) atau Integriti Berasaskan Keberhasilan sebagai formula membina ekosistem pentadbiran yang berdaya tahan dan kalis rasuah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
10 orang maut akibat renjatan elektrik di Sabah tahun ini

KOTA KINABALU – Kira-kira 10 orang maut akibat renjatan elektrik di Sabah setakat tahun ini, termasuk seorang kontraktor dan tiga penjawat awam. Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity, Datuk Ir. Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Integriti berasaskan keberhasilan bina pentadbiran kalis rasuah – Hajiji

Integriti berasaskan keberhasilan bina pentadbiran kalis rasuah – Hajiji

10 orang maut akibat renjatan elektrik di Sabah tahun ini

10 orang maut akibat renjatan elektrik di Sabah tahun ini

Penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelaki

Penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelaki

Tiga warga UNIMAS cipta sejarah di pentas nasional dan antarabangsa

Tiga warga UNIMAS cipta sejarah di pentas nasional dan antarabangsa

Projek jalan, parkir RM300,000 SMK Three Rivers siap sepenuhnya

Projek jalan, parkir RM300,000 SMK Three Rivers siap sepenuhnya

Sahsiah anak bermula di rumah, ibu bapa tidak boleh lepas tangan

Sahsiah anak bermula di rumah, ibu bapa tidak boleh lepas tangan