Hari Sabah signifikan dengan sejarah di bawah bayu

TAWAU – Hari Sabah sangat signifikan kepada rakyat negeri ini terutama mereka yang pernah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perjuangan kemerdekaan tanah di bawah bayu. 

Setelah sekian lama hari istimewa Sabah ini tidak pernah diraikan secara rasmi selama 60 tahun, kini buat julung kalinya bakal disambut secara rasmi mulai 31 Ogos ini serentak dengan sambutan Hari Kebangsaan.

Sambutan itu direalisasikan apabila pada 5 Jun lalu, kerajaan Sabah mewartakan 31 Ogos diisytiharkan sebagai Hari Sabah.

Tarikh itu adalah tanda pembebasan atau kemerdekaan Sabah daripada penjajahan British. 

Tidak dinafikan, fakta sejarah ini menjadi eksklusif apabila Hari Sabah berkongsi tarikh yang sama dengan kemerdekaan Tanah Melayu iaitu 31 Ogos. 

Mengimbau laporan sejarah lalu, Hari Sabah diisytiharkan sendiri oleh Governor British, Sir William Goode pada 28 Ogos 1963 di Jesselton bahawa Sabah diberi kebebasan untuk pemerintahan sendiri berkuat kuasa 31 Ogos 1963. 

Bagi penduduk Sabah, Sarimah Amir, 31, berkata, selepas pengisyitharan Hari Sabah, 31 Ogos maka sudah tentu tarikh keramat itu bukan sekadar tarikh di kalendar tetapi melambangkan semangat juang bangsa Sabah untuk terus maju ke hadapan. 

“Kita mahu rakyat khususnya generasi muda lebih mengetahui sejarah bukan saja mengenai sambutan Hari Kebangsaan tetapi juga Hari Sabah yang mengekalkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat berbilang kaum negeri ini. 

“Namun yang lebih penting juga ialah semangat kita untuk terus bersama-sama membangunkan dan memajukan Sabah serta Malaysia yang tercinta,” katanya. 

Seorang lagi belia Sabah, Wardah Sudirman, 22, berasa bangga menjadi ‘Sabahan’ kerana Sabah sebuah negeri yang kaya dengan sumber serta unik dengan kepelbagaian adat dan budaya. 

“Sudah tentu apabila diwartakan, ia dapat memupuk semangat perpaduan sekali gus dapat mengeratkan silaturrahim sesama masyarakat berbilang kaum apabila berkumpul merayakan Hari Sabah.

“Saya berharap agar Sabah terus maju jaya sesuai dengan slogan Jata Negeri sejak sekian lama iaitu ‘Sabah Maju Jaya’,” katanya. 

Dalam pada itu, seorang aktivis politik, Fung Thin Yein yang juga anak jati Sabah berharap agar kerajaan negeri seiring dengan persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar lebih banyak manfaat pembangunan negeri dicapai. 

“Banyak perubahan sepanjang Kerajaan Perpaduan menerajui negara yang dinikmati oleh rakyat Sabah tanpa mengira bangsa dan agama. 

“Terima kasih Perdana Menteri kerana sentiasa berlaku adil dan saya percaya negara Malaysia Madani ini kita perlu dukung demi kesejahteraan dan keharmonian berpanjangan,” tambahnya.

Related Posts

Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis

REKOD pentadbiran Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, dilihat mampu menjadi antara faktor penting yang membantu Pakatan Harapan (PH) mempertahankan negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar hantar isyarat politik matang, komited bantu Johor – Penganalisis

UCAPAN tahniah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kepada Barisan Nasional (BN) susulan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan sebagai bukti kematangan politik yang menjamin hubungan baik antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis

Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis

Anwar hantar isyarat politik matang, komited bantu Johor – Penganalisis

Anwar hantar isyarat politik matang, komited bantu Johor – Penganalisis

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000