Budaya kreatif, inovatif dalam sektor awam perlu diterapkan – Awang Tengah

KUCHING: Budaya kreatif dan inovatif dalam sektor awam perlu diterapkan kerana ia sangat penting dalam arus persaingan global.

Menurut Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, penjawat awam khususnya Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar (MUDeNR) Sarawak perlu berfikiran kreatif dalam menunaikan tanggungjawab.

“Kita perlu mencari penyelesaian di luar kotak kelaziman ketika bekerja,” ujar beliau.

Tambah beliau, penyertaan kumpulan inovatif dan kreatif (KIK) dalam konvensyen kali ini banyak memberi impak positif kepada projek yang dibentangkan.

“Seiring tradisi, Konvensyen Kreativiti dan Inovasi ini membuka laluan kepada Anugerah Konvensyen Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak (SCSiCA) 2024,” kata beliau.

Beliau berkata demikian sewaktu menyempurnakan Majlis Makan Malam dan Penyampaian Anugerah konvensyen pada Khamis.

Konvensyen KIK MUDeNR 2024 serta Hari Integriti berlangsung selama tiga hari, bermula 27 hingga 29 Ogos dengan tema “Integriti dan Inovasi: Tonggak Kemakmuran.”

Sebanyak 26 KIK mengambil bahagian mewakili MUDeNR iaitu Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Jabatan Hutan Sarawak, Sarawak Forestry Corporation (SFC), Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (STIDC) dan Lembaga Pembangunan dan Pemuliharaan Tanah (LCDA).

Sebelum ini, pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dilakukan bagi Pembangunan Bakat & Tenaga Kerja dalam Industri Mineral Sarawak antara MUDeNR dengan Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS).

MoU ini bertujuan memupuk kerjasama dalam pembangunan sumber manusia yang strategik, meningkatkan program latihan, serta mempertingkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) supaya dapat menambah nilai di seluruh rantaian industri berasaskan mineral.

Related Posts

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

KOTA KINABALU – Sebanyak lapan pelan tindakan sementara (interim) serta dua inisiatif baharu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP). Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

KUCHING – Buat julung kalinya, Sarawak Water Sdn Bhd tampil melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM325,000 kepada pihak Baitulmal Sarawak. Majlis penyerahan yang penuh bermakna itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat