Kes remaja hamil bawah umur di Sarawak tunjuk trend penurunan

BETONG – Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) trend bilangan remaja bawah umur yang hamil menunjukkan penurunan sejak 2012

Menurut Ahli Parlimen Betong Dr. Richard Rapu @ Aman Begri, statistik JKNS menunjukkan trend bilangan remaja bawah umur yang hamil semakin menurun sejak 2012.

Berdasarkan data, daripada 3866 kes pada 2012 menurun kepada 2026 kes pada tahun 2023 yang menunjukkan penurunan sebanyak 47.6 peratus.

“Pendidikan kesihatan seksual pada zaman yang serba moden, kini tidak lagi wajar dianggap sebagai sesuatu yang ‘taboo’ oleh masyarakat di negara ini khususnya di Sarawak”, jelasnya lagi.

Tambahnya lagi, pendidikan kesihatan seksual juga perlu diterapkan secara meluas di sekolah-sekolah bagi memberi bimbingan dan pendedahan awal kepada pelajar dalam usaha menangani isu kehamilan remaja bawah umur.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Sempena Program Intervensi Sosial: Kesedaran & Advokasi Pendidikan Seksual (KAPS) Peringkat Bahagian Betong Tahun 2024 yang bertempat di Dewan SMK Ulu Layar, Betong.

Majlis tersebut dianjurkan oleh Majlis Pembangunan Sosial Sarawak di Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak dengan kerjasama Pejabat Daerah Betong dan Pejabat Pendidikan Daerah Betong.

Related Posts

Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

KOTA KINABALU – Seorang pendaki warga Croatia yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ketika mendaki Gunung Kinabalu ditemukan masih hidup pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR), Isnin. Menurut laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

SANDAKAN – Borneo Bird Run kembali menemui masyarakat selepas tujuh tahun berehat apabila edisi keempat acara berkenaan bakal berlangsung di Rainforest Discovery Centre (RDC), Sepilok, pada 8 November ini. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

  • By Ezmie
  • September 8, 2026
Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

  • By Fandi
  • September 8, 2026
Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik