Pelabuhan Bintulu diserahkan kepada Sarawak mulai Disember ini – Uggah

KUCHING – Kerajaan Persekutuan akan menyerahkan Pelabuhan Bintulu kepada kerajaan Sarawak pada Disember ini.

Menurut Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, penyerahan Pelabuhan Bintulu itu selaras dengan Memorandum Persefahaman (MOU) antara Kerajaan Persekutuan dengan Sarawak.

“Kerajaan Sarawak sudah pun menetapkan garis masa yang jelas dalam proses pemindahan,” ujar beliau.

Tambah beliau lagi, MoU tersebut turut menggariskan peralihan Pelabuhan Bintulu dari pelabuhan Persekutuan kepada pelabuhan negeri dalam mesyuarat penting yang diadakan pada 26 Ogos lalu.

“Tujuan mesyuarat tersebut adalah menyelesai sebarang isu tertunggak dan memastikan peralihan Pelabuhan Bintulu kepada Lembaga Pelabuhan Bintulu (agensi milik kerajaan Sarawak) berjalan lancar, ” kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan bersama mesyuarat Jawatankuasa Bersama Persekutuan-Negeri membincangkan pengambil alihan Pelabuhan Bintulu di Putrajaya pada Rabu.

Sementara itu, jelas Uggah, kerajaan Sarawak sudah menetap garis masa yang jelas dan mesti diserahkan sebelum Disember tahun ini.

Keputusan itu berjaya dimuktamadkan semasa mesyuarat Jawatankuasa Bersama Persekutuan-Negeri yang dipengerusikan bersama Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak dan Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke pada Rabu.

Untuk rekod, Pelabuhan Bintulu diisytiharkan sebagai pelabuhan milik kerajaan Persekutuan melalui Akta Pelabuhan Persekutuan (Akta 217) 1981.

Pengambilalihan Pelabuhan Bintulu merupakan langkah strategik kerajaan Sarawak untuk mengembangkan industri perkapalan sekali gus membangunkan ekonomi setempat.

Selain itu, kerajaan Sarawak juga menubuhkan Lembaga Pelabuhan Bintulu (Sarawak) di bawah Ordinan Pihak Berkuasa Pelabuhan Sarawak untuk memastikan operasi pelabuhan itu tidak terganggu semasa pertukaran status.

Related Posts

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

BENTONG – Empat sekeluarga maut selepas kenderaan jenis pacuan empat roda dinaiki mereka dihempap pokok di Jalan Janda Baik-Bentong, dekat Janda Baik, di sini, tengah hari tadi. Kejadian berlaku ketika…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cahaya keemasan KWKK HRPB semarak sokongan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2026

IPOH – Bangunan Kanak-kanak, Wanita dan Kardiologi (KWKK) di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini bermandikan cahaya keemasan sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2026 sebagai simbol komitmen berterusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Cahaya keemasan KWKK HRPB semarak sokongan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2026

Cahaya keemasan KWKK HRPB semarak sokongan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2026

10 tangki air baharu bakal kurangkan gangguan bekalan Puncak Gloxinia

10 tangki air baharu bakal kurangkan gangguan bekalan  Puncak Gloxinia

Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

Kerjasama BN-PN: Rakyat berhak mendapat penjelasan yang jelas – Mahfuz

Kerjasama BN-PN: Rakyat berhak mendapat penjelasan yang jelas – Mahfuz

Jamawi galak rakyat kibarkan Jalur Gemilang, perluas kempen 1R1JG ke kampung

Jamawi galak rakyat kibarkan Jalur Gemilang, perluas kempen 1R1JG ke kampung