Balai bomba ‘dua alam’ di Pulau Tioman

KUANTAN – Sebuah balai bomba berkonsepkan hibrid atau ‘dua alam’ akan dibina di Pulau Tioman melalui peruntukan RM8 juta yang telah diluluskan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Dr Wan Mohamad Zaidi Wan Isa berkata, setakat ini belum ada balai bomba jenis itu dan jika cadangan tersebut dapat direalisasikan, ia adalah balai bomba hibrid pertama di negara ini.

Menurutnya, proses pembinaan balai bomba itu masih dalam peringkat perbincangan bersama kerajaan negeri bagi perolehan tanah.

“Tapak yang sesuai bagi tujuan itu telah dikenal pasti dan dipersetujui.

“Tapak ini terletak di pinggir laut sesuai dengan konsep balai itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Geran Pasukan Bomba Sukarela (PBS) JBPM Pahang 2024, hari ini.

Wan Mohamad Zaidi berkata, balai itu kelak akan mengutamakan penggunaan bot yang ditempatkan terus di balai manakala jentera mungkin hanya ditempatkan di kawasan tertentu, misalnya di Tekek.

“Balai konsep ini dirancang mengambil kira masalah perhubungan jalan darat di pulau tersebut.

“Selain itu, kita juga bercadang untuk melengkapkan balai itu dengan kuarters melalui peruntukan tambahan yang akan dipohon kelak,” ujarnya.

Related Posts

Pengurusan trafik laluan Tebobon-Tamparuli perlu diperkasa demi kelancaran produktiviti

KOTA KINABALU – Pengurusan trafik di sepanjang laluan Tebobon–Tuaran–Tamparuli yang sedang menjalani projek naik taraf jalan raya dan jambatan perlu dipertingkatkan bagi memastikan kelancaran perjalanan pengguna serta mengurangkan kesan terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah tekad perkasa tadbir urus pelancongan melalui MA63 – Jafry

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah terus komited memperjuangkan cadangan meletakkan sektor pelancongan di bawah Senarai Bersama (Concurrent List) Perlembagaan Persekutuan selaras dengan semangat dan prinsip Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengurusan trafik laluan Tebobon-Tamparuli perlu diperkasa demi kelancaran produktiviti

Pengurusan trafik laluan Tebobon-Tamparuli perlu diperkasa demi kelancaran produktiviti

Sabah tekad perkasa tadbir urus pelancongan melalui MA63 – Jafry

Sabah tekad perkasa tadbir urus pelancongan melalui MA63 – Jafry

Mukah himpun 160 pakar maritim jayakan latihan SAREX 2026

Mukah himpun 160 pakar maritim jayakan latihan SAREX 2026

Arab Saudi sambut ketibaan lebih 19.5 juta jemaah haji, umrah sepanjang 2025

Arab Saudi sambut ketibaan lebih 19.5 juta jemaah haji, umrah sepanjang 2025

Polis tahan suspek rakam video aibkan wanita di Festival Makanan Kuching

Polis tahan suspek rakam video aibkan wanita di Festival Makanan Kuching

Polis siasat gangguan tidak senonoh di Taman Hill Top, Luyang

Polis siasat gangguan tidak senonoh di Taman Hill Top, Luyang