Bas Muafakat Johor tambah laluan untuk kemudahan rakyat

ISKANDAR PUTERI – Peranan Bas Muafakat Johor (BMJ) yang boleh dimanfaatkan secara percuma oleh rakyat negeri ini terus diperkasa melalui penambahan laluan baharu disediakan.

Memetik laporan Media Digital Johor (MDJ), bas percuma untuk rakyat Johor ini kini boleh dinaiki di dari Zoo Johor ke tempat letak kereta Penjara Ayer Molek, Johor Bahru pada setiap 15 minit.

Ia bertujuan memudahkan pengunjung sekiranya terpaksa meletakkan kenderaan jauh dari lokasi pelancongan ini susulan pembukaan semula Zoo Johor bermula 31 Ogos nanti.

“Di bawah pengurusan Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ), BMJ telah memberikan pelbagai manfaat terutama kepada golongan berpendapatan rendah yang bergantung sepenuhnya kepada pengangkutan awam ini.

“Sehingga kini, kerajaan negeri bersama 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah membelanjakan sebanyak RM28 juta untuk memastikan pengoperasian BMJ berjalan lancar merangkumi 65 peratus rangkaian laluan di seluruh Johor,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Menurut laman rasmi itu lagi, BMJ turut menyokong pelbagai acara besar di negeri ini seperti perkhidmatan ‘shuttle bus’ percuma ke Stadium Sultan Ismail (SSI) untuk perlawanan Liga Malaysia melibatkan kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), serta kemudahan pengangkutan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru melalui lokasi yang ditetapkan.

“Secara keseluruhannya, Bas Muafakat Johor bukan sahaja menyediakan pengangkutan awam yang menyeluruh, tetapi juga mencerminkan usaha berterusan Kerajaan Johor untuk memastikan rakyat menikmati perkhidmatan terbaik selaras dengan agenda Maju Johor 2030,” katanya.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan