Sarawak tuan rumah bersama Sukan SEA 2027

KUCHING – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan yang Kerajaan Persekutuan bersetuju menganjurkan Sukan SEA 2027 secara bersama dengan Sarawak.

Daripada prestasi atlet bertanding di Sukan Malaysia (Sukma) 2024 dan prasarana dimiliki Sarawak, Anwar percaya negeri itu bersedia untuk menganjurkan temasya sukan berkelas antarabangsa.

“Pada Sukma kali ini, tujuh rekod kebangsaan dipecahkan, 21 rekod Sukma dipecahkan.

“Luar biasa semangatnya, saya bagi pihak kerajaan bersetuju untuk Sarawak bersama kerajaan Malaysia menganjurkan Sukan SEA 2027.

“Ada keupayaan, prasarana juga baik, jadi apa susahnya Sukan SEA.

“Saudara saudari mampu laksanakannya dengan baik,” katanya pada Majlis Penutup Sukma 2024 di Stadium Perpaduan, malam ini.

Sarawak sebelum ini bersetuju menjadi tuan rumah bersama bagi Sukan SEA 2027, dengan syarat majlis perasmian temasya itu diadakan di Sarawak.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg berkata, selain itu beberapa acara juga perlu dipertandingkan di Sarawak.

Related Posts

Perak sasar 50 emas di SUKMA Selangor, sedia ganjaran sehingga RM6,000

IPOH – Kerajaan Negeri Perak menawarkan ganjaran sehingga RM6,000 kepada atlet termasuk atlet para yang berjaya menghadiahkan pingat emas acara perseorangan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-22 di Selangor, sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hajiji yakin Sabah mampu raih 40 emas pada SUKMA Selangor

KOTA KINABALU – Sabah menyasarkan kutipan 40 pingat emas pada Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-22 di Selangor menerusi persediaan rapi bagi memastikan kontinjen negeri mampu mencatat prestasi terbaik di temasya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

RCI Tabung Haji: BN tidak akan berkompromi jika berlaku penyelewengan

RCI Tabung Haji: BN tidak akan berkompromi jika berlaku penyelewengan

Selangor teliti tambah penerima HPIPT tahun depan, perhalusi tempoh permohonan

Selangor teliti tambah penerima HPIPT tahun depan, perhalusi tempoh permohonan